Tahun 2020 pastinya akan meninggalkan banyak sejarah dan memori yang akan dikenang selamanya oleh peminat bola sepak diseluruh dunia.

Dengan ketiadaan perlawanan baik diperingkat liga mahu pun antarabangsa diseluruh dunia, kami telah berusaha sedaya upaya untuk membawakan bahan-bahan yang berkaitan dengan bola sepak untuk dinikmati terutamanya pada 3 bulan terawal PKP dilaksanakan.

Untuk mengakhiri tahun 2020 yang penuh dengan cabaran ini, kami kongsikan dengan anda pembaca semua 10 artikel paling popular sepanjang tahun ini.

1) Walker Adakan Pesta Seks Di Tengah Lockdown, Man City Ambil Tindakan

walker

UK mula isytiharkan lockdown 24 Mac 2020, namun tindakan Kyle Walker telah memesan 2 orang gadis pengiring dan rakan-rakannya untuk berpesta di rumahnya.

Salah seorang daripada gadis pengiring tersebut telah menjual cerita itu kepada akhbar tabloid The Sun dan memberikan mereka gambar sebagai bukti.

Walker dilaporkan membayar  £2,200 kepada setiap seorang gadis pengiring tersebut ataupun sekitar RM11,811.00.

2) Ejen Dari Thailand Ambil Tindakan Saman Mat Yo

IMG_20200218_005253-1200×800

Isu panas berkaitan Norshahrul Idlan Talaha berkaitan dengan ejen beliau menjadi tumpuan. Namun Mat Yo berjaya mengawal isu tersebut dan membawa kes tersebut ke peringkat lebih tinggi untuk mendapatkan keadilan.

3) Khalid Jamlus Rungkai Misteri Pilih Jersi No.25, Steve Darby Jurulatih Paling Sempoi Dan Gaji RM7,000

KJ

Ketika ini, Khalid Jamlus mula menjadi tumpuan selepas kerap mengadakan sesi Facebook live dan banyak perkara menarik didedahkan oleh beliau yang mungkin tidak pernah diketahui oleh peminat bola sepak tanahair.

Pendedahan berkenaan Steve Darby serta gaji beliau ketika beraksi secara profesional juga banyak mencuri tumpuan peminat.

4) Tanpa Pedulikan Amaran KKM Untuk Berkumpul, BOS Terus Bersorak Padu Diperkarangan Stadium Sultan Ibrahim

Screenshot-2020-03-15-at-10.42.00-AM

“Kekangan bermain tanpa penyokong tidak menghalang kami!”

Ini adalah ayat yang digunakan oleh mereka bagi menzahirkan sokongan dan kesetiaan mereka kepada pasukan JDT tanpa menghiraukan peringatan serta amaran yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia berikutan penularan wabak COVID-19 di negara ini.

5) Ketua Jurulatih Myanmar ‘Perlekeh’ FIFA Ranking Malaysia, Salah Satu Sebab Perlawanan Persahabatan Dibatalkan

head

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Myanmar, Antoine Hey memberitahu pihak MFF, beliau mahu berdepan dengan pasukan yang memiliki FIFA Ranking yang lebih tinggi.

“Sebab lain untuk tidak beraksi (dalam perlawanan persahabatan) adalah kerana ranking. Jika kami kalah kepada pasukan yang lebih rendah FIFA Ranking, kedudukan kami akan turun.

6) Netizen Indonesia Ini ‘Jaki Betul’ Dengan Penghijrahan Luqman Hakim, Bandingkan Dengan Pencapaian Egy Maulana

Lokme

Selepas berita penghijrahan Luqman Hakim ke KV Kortrijk, terdapat banyak reaksi yang dapat diperhatikan dari netizen dari luar Malaysia yang seolah-olah ‘bengkek’ dengan perkara itu.

Your (Malaysia) youngster signs for Belgium relegation fodder, while my (Indonesia) youngster play for Polish champions. Level to this game.

7) Mat Yo Buat Penampilan Pertama, BG Pathum United Tersingkir Daripada Piala Pra Musim LEO

Screen-Shot-2020-01-24-at-9.13.18-AM-2-1200×675

Perpindahan Mat Yo memang ke BG Pathum United memang menjadi tumpuan peminat bola sepak Malaysia umumnya.

Penampilan pertama Mat Yo bersama BG Pathum dalam aksi LEO Cup 2020 sangat dinantikan oleh peminat bola sepak Malaysia bagi menyaksikan anak Malaysia turun dalam perlawanan bersama kelab diluar negara.

8) Digelar Sebagai ‘Bacot’ Oleh Pemain Bali United, Reaksi Balas Tenang Safee Sali Bukti ‘Profesionalisme’ Tertinggi

safee

Pemain pertahanan Bali United, Leonard Tupamahu nampaknya memperhangatkan lagi suasana diantara Indonesia dan Malaysia apabila menggelarkan Safee Sali sebagai ‘bacot’ dalam komennya di laman sosial Instagram.

Ia berpunca dari sebuah temu bual sebuah media sukan Indonesia bersama Safee Sali pada ketika itu.

9) Pemain Malaysia Buat Park Hang-seo Sakit Kepala, Peningkatan Dalam Setiap Pertemuan ‘Kacau’ Vietnam

5b5155a563142736764b62cf0759f65d

Artikel ini pula adalah berkenaan perspektif media bola sepak Vietnam terhadap skuad kebangsaan Malaysia yang telah memeningkan mereka setiap kali berdepan Harimau Malaya.

mereka menyatakan skuad Tan Cheng Hoe ini berada dalam satu proses transformasi untuk muncul sebagai sebuah pasukan hebat bukan sahaja di ASEAN tetapi juga di Asia.

10) TMJ Dedahkan Kontrak Sumareh Ke Selangor Dengan Gaji RM70,000 Sebulan

sumareh-selangor

Isu panas yang masih menjadi tumpuan sebenarnya sehingga hari ini sejak perpindahan Sumareh ke Police Tero FC pada bulan September 2020.

PBNP dalam satu kenyataan yang dikeluarkan telah menggantung Sumareh dalam sebarang aktiviti bola sepak selama 2 tahun, dan 4 hari selepas itu Sumareh melakukan penampilan pertama untuk Police Tero FC.

Terima kasih semua atas sokongan yang diberikan untuk tahun 2020 ini, semoga 2021 nanti ada sinar baharu untuk kita. Selamat tahun baru semua!

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Media Jepun Dedahkan Bekas Pemain Kashima Antlers, Masashi Motoyama Setuju Sertai Kelantan United

“Bos BG Pathum United Tahu Saya Bukan Scorer, Tapi Mahu Saya Curahkan Pengalaman Kepada Pasukan.” – Mat Yo

Kerteh Sports City Sdn Bhd Ditubuhkan Untuk Mengurus Kemudahan Serta Prasarana Sukan Di Kerteh