Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) semalam melakukan pendedahan mengejut mengenai perpindahan pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh ke Selangor pada musim depan.

Melalui paparan di laman instagram ‘story‘, TMJ turut membidas sikap pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang lebih gemar melakukan provokasi terhadap JDT dan mempergunakan pasukan untuk kepentingan peribadi.

Baginda juga mahu FAS belajar daripada Terengganu FC selepas kekalahan memalukan 6-1 kepada JDT dalam kedua-dua saingan CIMB Liga Super dan Liga Premier minggu ini.

EiYRNsvVoAE9z5o

Menurut TMJ, salah satu contoh provokasi yang dilakukan oleh pengurusan Selangor ialah melalui slogan, “Saksikan Harimau Selatan Hilang Taringnya” yang dipaparkan pada dinding di sekitar Stadium Shah Alam walaupun skuad Gergasi Merah belum memenangi apa-apa kejuaraan.

photo_2020-09-21_05-59-07

Justeru itu, TMJ juga mahu FAS menjelaskan kepada para penyokong Selangor mengenai masalah sebenar yang berlaku dan baginda sedia melawan pihak yang menggunakan bola sepak untuk kepentingan peribadi dan tidak jujur.

Difahamkan, kenyataan itu ditujukan kepada bekas Naib Presiden FAS, Izhar Moslim.

j

Selain itu, peminat bola sepak tempatan juga dikejutkan dengan pendedahan kontrak rasmi Selangor ditawarkan kepada bekas pemain Pahang, Mohamadou Sumareh yang bakal menyertai kelab Thailand, Police Tero dalam masa terdekat.

Pendedahan itu adalah untuk menjawab komen daripada lagenda bola sepak tanah air Khalid Ali yang dipetik daripada BERNAMA beberapa hari lalu.

Khalid sebelum ini menyifatkan penghijrahan ke Thailand itu bersifat sementara dan Sumareh akan kembali bermain dengan pasukan yang diidami.

Berdasarkan isu yang semakin panas itu, Khalid turut merasakan ada perancangan tersusun yang lain disebalik tindakan berani Sumareh meninggalkan pasukan yang bertanggungjawab menaturalisasikan beliau.

photo_2020-09-21_12-52-19

Berdasarkan kontrak tersebut, Sumareh ditawarkan gaji sebanyak USD17,000.00 (RM70,482.00) sebulan tidak termasuk bonus serta elaun tambahan namun melalui perbualan aplikasi whatsapp bersama Setiausaha Agung FAS, Dr. Johan Kamal Hamidon, Sumareh mahu FAS naikkan gaji kepada USD20,000 sebulan.

Bagaimanapun, Dr. Johan menyatakan beliau sedia mempertimbangkan kenaikan gaji itu tetapi belum buat sebarang keputusan mengenai permintaan Sumareh yang bakal berangkat ke Thailand pada hari selasa ini.

EiYSYSHVkAIznn3

kontrak pro

Antara butiran kontrak yang didedahkan oleh TMJ

Sumareh sebelum ini mencetus kontroversi apabila meninggalkan pasukan Pahang tanpa memaklumkan kepada pihak pengurusan.

Beliau yang masih mempunyai kontrak dengan Pahang sehingga tahun 2022 mengambil tindakan keluar daripada skuad tok gajah kerana dikatakan tidak dibayar gaji selama beberapa bulan sehingga klausa 8.7 diaktifkan.

Bagaimanapun, Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) dalam satu kenyataan rasmi menafikan pemain naturalisasi itu tidak dibayar gaji kerana semua urusan pembayaran sudah diselesaikan berdasarkan perjanjian yang dipersetujui bersama pada 26 Ogos 2020.

Baca artikel lain mengenai isu Sumareh melalui pautan dibawah.

Hukuman Terhadap Sumareh Bergantung Pada Keputusan FIFA

Video Ini Isyarat Jelas Mohamadou Sumareh Ke Police Tero FC ‘Done Deal’?

Adakah Ini Klausa 8.7 Yang Menyebabkan Kontrak Sumareh Bersama Pahang FA Terbatal?

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group