Selepas berita penghijrahan Luqman Hakim ke KV Kortrijk, terdapat banyak reaksi yang dapat diperhatikan dari netizen dari luar Malaysia yang seolah-olah ‘bengkek’ dengan perkara itu.

Semalam, selepas Luqman Hakim berlepas ke Belgium seorang netizen dari Indonesia memuat naik satu kemaskini di laman sosial Twitter yang jelas berbaur ‘kejakian’ dan mula membandingkan dengan seorang lagi pemain muda Indonesia, Egy Maulana.

Menggunakan nama Zulfikarsenal, beliau mungkin tidak senang dengan apa yang peminat bola sepak Malaysia raikan ketika ini terutamanya apabila KV Kortrijk secara rasmi memuat naik video yang menayangkan Luqman Hakim akan memakai jersi no.9 kelab itu dan menulis seperti berikut;

Your (Malaysia) youngster signs for Belgium relegation fodder, while my (Indonesia) youngster play for Polish champions. Level to this game.

Jika dilihat kedudukan akhir saingan liga musim sebelum ini, KV Kortrijk menamatkan liga ditempat ke 11 dari 16 pasukan bertanding, dan bukanlah berada dalam kategori ‘relegation zone’ sebenanrnya.

Jelas, individu diatas cuba ‘memanaskan’ suasana yang mungkin mampu menghidupkan ketegangan diantara kedua buah negara ketika tiada saingan bola sepak berlangsung ketika ini.

Screenshot 2020-08-14 at 1.00.59 AM

Luqman Hakim yang kini sudah tiba di KV Kortrijk secara rasmi diperkenalkan dan beberapa keping gambar beliau memakai jersi no.9 kelab itu menjadi tumpuan ramai terutamanya peminat bola sepak dari Malaysia.

Apa pun semoga Luqman Hakim akan dapat mencari tempat dalam kesebelasan utama pasukan KV Kortrijk dan membuktikan anak Malaysia juga mampu mencabar kuasa bola sepak dunia!

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Video KV Kortrijk Ini Dedahkan Luqman Hakim Bakal Pakai Jersi No.9?

“Saya Balik Pun Makan Maki Je, Ini Cita-Cita Saya, Jiwa Saya Kena Kental.” – Luqman Hakim

Vietnam ‘Gelabah’ Hilang Kelebihan Selepas Perlawanan Kelayakan Piala Dunia Ditunda