Pemain pertahanan Bali United, Leonard Tupamahu nampaknya memperhangatkan lagi suasana diantara Indonesia dan Malaysia apabila menggelarkan Safee Sali sebagai ‘bacot’ dalam komennya di laman sosial Instagram beberapa hari yang lalu.

Komen pemain yang berasal dari Jakarta itu adalah berpunca dari satu artikel yang diterbitkan oleh Goal.com yang menemu bual Safee Sali berkenaan dengan pengalaman beliau ketika beraksi di Indonesia.

Dalam temu bual tersebut, Safee Sale ada memberikan komen berkaitan mengapa tiada pemain Malaysia yang mengikuti jejaknya untuk berhijrah ke Indonesia.

“Pada pendapat saya, pemain kita tidak pergi ke sana disebabkan cara mereka berfikir. Dalam kepala mereka, apa gunanya pergi ke Indonesia atau mereka mungkin fikir secara perbandingannya Malaysia mempunyai liga yang lebih tinggi tarafnya. Tetapi saya rasa mereka tak pergi sebab takut.

“Mereka selesa beraksi dan tinggal di Malaysia serta takut untuk meninggalkan comfort zone. Mereka sebenarnya tidak bersedia untuk langkah seterusnya dan mempertingkatkan permainan, dimana semua boleh berlaku ketika beraksi diluar negara walaupun dalam sebuah liga yang boleh dikatakan sedikit rendah dari kita.

Berdasarkan pemerhatian, komen ini telah disalah anggap oleh Leonard Tupamahu yang terus menggelarkan Safee Sali sebagai bacot tanpa mengambil kira konteks sebenar yang disampaikan oleh pemain itu dalam temu bual tersebut.

safee sali

“Sali Sali, ngomong kayak gitu pas kagak main di Indonesia lu. Bacot,” kata Tupamahu

Komen Leonard Tupamahu itu telah mengundang reaksi dari ramai pengikut bola sepak Indonesia terutamanya, namun rata-ratanya menuding kembali kata-kata yang dianggap sebagai tidak profesional itu kepada Tupamahu, malahan ada juga yang membandingkan statistik Safee Sali ketika beraksi untuk Pelita Jaya.

Apa yang menarik, Safee Sali sendiri telah datang dan meninggalkan komen balas kepada Tupamahu membaca keseluruhan artikel itu supaya lebih memahami perkara sebenar yang cuba disampaikan dan bukan hanya main petik sahaja.

55

“Jangan terpancing dengan berita sosmed bro.. Ada kelanjutan nya kata2 dari saya dari komentar itu.. Kita harus tunjuk contoh yang baik utk masyarakat sekeliling bro.. Salam satu rumpun 🤜🤛💪💯⚽”

Dengan penuh ketenangan Safee Sali membalas komen dan ini jelas membuatkan peminat bola sepak Indonesia senang dan memperlihatkan tahap profesional yang berbeza diantara kedua-dua pemain itu.

Banyak komen dilihat menyebelahi Safee Sali disebabkan perwatakan yang dibawa ketika beraksi bersama Pelita Jaya serta prestasi padu sehingga terus dipilih sebagai kapten pasukan itu pada musim kedua.

helmi

Disini kita dapat melihat bagaimana peribadi dan profesionalisme seseorang pemain itu penting sehingga mampu untuk membentuk penyokong yang lebih bertamadun dan ini adalah salah satu peranan yang perlu disemat dalam jiwa seorang pemain bola sepak sebagai salah satu ‘tugas’ mereka kepada dunia bola sepak.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Hadi Fayyadh Teruja Dilantik Secara Rasmi Sebagai Duta Pelancongan Prefektur Okayama

Park Hang-seo Kongsi Kisah Bagaimana Guus Hiddink Terapkan ‘Kekuatan’ Untuk Skuad Piala Dunia 2002 Korea Selatan

Projek ‘Derma’ Urawa Reds Berjaya Kumpulkan Dana Berjumlah RM1.43 Juta Dalam Tempoh 24 Jam.