Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau yang lebih dikenali dengan panggilan TMJ memberi pesanan terhadap ketua pasukan Kedah Darul Aman, Baddrol Bakhtiar.

Menerusi perkongsian di laman Instagram Story miliknya, Tunku Ismail bertanya mengenai pihak pengurusan pasukan Kedah kepada Baddrol dan beliau sedia untuk memberikan bantuan sekiranya Baddrol memerlukan pertolongannya.

TMJ
Sumber Gambar: Instagram Story TMJ

Bagi Tunku Ismail, Baddrol antara pemain yang sudah banyak berjasa kepada bola sepak tanah air dan pemain seperti itu wajar untuk dihargai.

Sebelum ini, TMJ terlibat dalam satu konflik dengan Presiden Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor dimana beliau menegur pengurusan pasukan Kedah yang hanya melunaskan tunggakan gaji pemain selama dua bulan sebelum aksi menentang JDT di peringkat suku akhir Piala Malaysia 2021.

Teguran Tunku Ismail kurang disenang oleh Dato’ Seri Sanusi dan kemudiannya konflik kedua pihak ini berterusan dimana kedua-duanya saling banter menerusi laman media sosial masing-masing.

Tunku Ismail mahu membantu Dato’ Seri Sanusi sekiranya Menteri Besar Kedah itu mahu menjalani program diet. Namun, Dato’ Seri Sanusi menyatakan beliau lebih lama terlibat dalam bidang bola sepak dan tidak perlukan diet.

TMJ
Sumber Gambar: Instagram Story TMH
TMJ
Konflik antara TMJ dan Dato’ Seri Sanusi

Pada aksi suku akhir pertama yang berlangsung di Stadium Darul Aman semalam, perlawanan berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Benteng pertahanan Kedah yang diketuai Renan Alves dan Rodney Celvin Akwensivie jelas cukup berdisiplin dalam mengekang asakan diberikan skuad kendalian Benjamin Mora itu.

Aksi timbal balik akan berlangsung pada 18 November ini di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Piala Malaysia 2021: Kedah, JDT Sama Buntu

“Hang Tak Pakai Seluaq Lagi Aku Main Bola Dah, Diet Apa Diet?” – Respon Selamba Sanusi Md Nor Kepada TMJ

Presiden Kedah Darul Aman Balas Kritikan TMJ