Sesi berbalas status di media sosial diantara TMJ dan Sanusi Md Nor semakin rancak nampaknya hari ini apabila TMJ menghantar satu mesej peribadi ke Instagram Menteri Besar Kedah itu hari ini.

“Salam Dato’. Gaji dah bayar? Bagus. Kebajikan pemain atau rakyat harus kita jaga. Well done. Jaga diri dan jaga kesihatan. Kalau nak diet call, saya ajar.”

Ini adalah mesej yang dihantar oleh TMJ kira-kira jam 12 tengahari tadi.

Namun tidak sampai 40 minit, Sanusi pantas membalas soalan yang diajukan itu melalui laman Facebook beliau.

“Hang tak pakai seluaq lagi aku main bola dah…La ni pun dok main bola lagi…Diet apa diet?”

Reaksi balas ini telah menghiburkan netizen terutama peminat bola sepak yang sejak semalam lagi mengikut sesi berbalas kedua-dua individu penting pasukan bola sepak masing-masing.

Cerita ini sedikit sebanyak dilihat memberikan hype kepada pertembungan diantara pasukan Kedah yang menanti kunjungan pasukan JDT di Stadium Darul Aman jam 9 malam nanti dalam perlawanan suku akhir 1 TM Piala Malaysia 2021.

Apa pula agaknya reaksi TMJ Dan Sanusi selepas keputusan malam ini? Menarik untuk kita tunggu selepas tamat perlawanan.

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Yoichi Takahashi “Hidupkan” Gelanggang Terbiar Dengan Mural Kapten Tsubasa Besar Gila Di Bangkok

VFF Tabur Bonus Hampir RM100,000 Walaupun Kalah 0-1, Park Hang-seo ‘Stress Gila’ Sukar Dapatkan 1 Mata

Modal Keras Menanti Ekor Harimau Malaya Ke Singapura, Kos VTL Sahaja Sekitar RM800 Seorang