Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Presiden Kedah Darul Aman, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor enggan berdiam diri terhadap kritikan yang dilontarkan oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai isu tunggakan gaji pasukannya.

Kedah dilaporkan telah menyelesaikan tunggakan gaji pemain selama dua bulan sebelum turun beraksi menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di peringkat suku akhir Piala Malaysia 2021 malam ini.

Perkara ini mendapat perhatian TMJ dimana beliau menegur sikap pengurusan pasukan Kedah yang hanya mahu melunaskan tunggakan gaji pemain sebelum berdepan JDT.

Kedah Darul Aman

Sumber Gambar: Instagram TMJ

Mendapat kritikan “kepala pistol”, Dato’ Seri Muhammad Sanusi terus memberi respon menerusi laman media sosial rasmi Facebook miliknya.

“La ni bulan sebelaih [11] dah. Bulan satu sampai bulan sepuluh kena lawan JDT tiap-tiap bulan kaaa??? Apa punya peluru kapoq tala ikut suka dia.”

Masalah tunggakan gaji ini nyata memberi kesan terhadap prestasi Kedah Darul Aman dalam saingan Piala Malaysia musim ini dimana mereka menamatkan saingan peringkat kumpulan C di tangga kedua sekaligus bertemu dengan juara kumpulan D iaitu JDT.

Skuad bimbingan Aidil Sharin itu bakal menerima kunjungan JDT pada hari ini sebelum bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim pada 18 November depan bagi suku akhir kedua.

Aksi suku akhir yang lain antaranya Kuala Lumpur City yang akan turun menentang Selangor, Sabah menentang Melaka United dan Terengganu menentang Sarawak United.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Rodney Celvin Anggap Penyokong Mampu Bakar Semangat Pemain

Quentin Cheng Kembali Ke Pangkuan Selangor

Bojan Hodak Merendah Diri, Anggap Selangor Pasukan Pilihan

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group