Napoli malukan Liverpool dengan keputusan 4-1. Gelanggap Napoli ini masih lagi menjadi badi buat Liverpool.

Liverpool bertandang ke Napoli untuk aksi pembukaan UCL mereka pada musim ini. Skuad bimbingan Jurgen Klopp diberikan tekanan sejak wisel permulaan oleh Napoli.

Baca juga artikel:

Tanda Solidariti Untuk Ukraine, Norway Umum Gantung Mathias Normann Daripada Mewakili Pasukan Kebangsaannya

Tuchel: “Aubameyang Tidak Takut Sumpahan No.9 Di Chelsea”

Liverpool memberikan 2 penalti dalam 18 minit pertama perlawanan. Penalti pertama disudahkan dengan tenang oleh Piotr Zielinski pada minit ke-5. Penalti tersebut berpunca daripada handball oleh James Milner.

Penalti kedua diberikan pengadil selepas Van Dijk mengasari Osimhen di dalam kotak penalti. Pemain itu sendiri mengambilnya dan gagal menyempurnakan peluang terbaik untuk menambah gol pada minit ke-18.

Mohamed Salah menerima bola di byline dalam keadaan dia boleh mencipta sesuatu. Namun kawalannya sangat menghampakan.

Napoli seharusnya menambah gol lagi pada minit ke-28, apabila Khvicha Kvaratskhelia menerima bola cantik daripada Osimhen. Dia hanya perlu menolak bola ke gawang terbuka, tetapi percubaannya dipintas Van Dijk.

2 minit kemudian, Mo Salah mendapat peluang dari dalam kotak penalti. Malang sekali leretannya lemah dan terus kepada penjaga gol.

Pada minit ke-31, Napoli akhirnya mendapat gol kedua mereka. Ianya bermula daripada kesilapan Joe Gomez. Napoli dengan mudah bermain bola satu dua dalam kotak penalti yang disudahkan Anguissa.

Van Dijk hampir merapatkan jurang gol tetapi tandukannya diselamatkan Meret.

Elliot kemudian mempersia siakan peluang keemasan untuk menjaringkan gol pada minit ke-35.

Sebelum rehat Napoli menambah 1 lagi gol menerusi pemain gantian Giovanni Simeone – yang baru dimasukkan mengantikan Osimhen.

Napoli mendahului Liverpool 3-0

Separuh masa pertama berakhir 3-0 memihak Napoli.

Bersambung babak kedua, hanya 2 minit sahaja perlawanan bermula, Napoli sudah menambah gol keempat menerusia Piotr Zielinski.

Pada minit ke-49, Luis Diaz mendapatkan gol pertama untuk Liverpool.

Diaz hampir menambah gol pada minit ke-61, tetapi tandukannya ditepis Meret.

Kemudian tiada tambahan gol daripada kedua dua pasukan. Dengan Napoli mengurangkan intensiti serangan mereka bagi mempertahankan 3 mata yang mereka ada.

Tamat perlawanan Napoli 4 Liverpool 1.