Mathias Normann tidak akan dipanggil mewakili Norway dan dianggap sudah tidak relevan untuk berada dalam senarai pertimbangan panggilan pasukan kebangsaan.

Pengurus pasukan kebangsaan Norway, Ståle Solbakken baru sahaja memaklumkan Mathias Normann bahawa dia tidak akan dipanggil bagi tugasan pasukan kebangsaan yang akan datang.

Ten Hag: Itu Baru Permulaan!

Ståle Solbakken memaklumkan Mathias Normann bahawa dia tidak relevan untuk panggilan pasukan kebangsaan kerana dia telah menyatakan bahawa dia sudah bersedia untuk menandatangani kontrak dengan kelab Rusia.

Solbakken memaklumkan Normann semalam bahawa dia sudah memaklumkan kepada pemain itu tentang akibat daripada perbuatannya itu. Dan pemain itu faham dengan jelas apa yang disampaikannya.

Solbakken menegaskan bahawa, dia tidak mendapat tekanan daripada FA Norway dalam perkara itu. Tetapi mengambil keputusan atas semangat solidariti dengan bola sepak Norway dan Eropah yang lain yang memutuskan untuk memberikan tekanan kepada Rusia termasuk di lapangan bola sepak.

200903 Sander Berge, Erling Braut Haaland, Kristoffer Ajer and Mathias Normann of the Norwegian national football team during a training session on September 3, 2020 in Oslo. Photo: Vegard Wivestad Grott / BILDBYRAN / kod VG / VG0032 bbeng fotball football fotboll nations league norge norway trening träning training *** 200903 Sander Berge, Erling Braut Haaland, Kristoffer Ajer and Mathias Normann of the Norwegian national football team during a training session on September 3, 2020 in Oslo Photo Vegard Wivestad Grott BILDBYRAN code VG VG0032 bbeng football football football nations league norway norway training training training, PUBLICATIONxNOTxINxSWExNORxAUT Copyright: VEGARDxWIVESTADxGRoTT BB200903VG007

UEFA dan FIFA sendiri sudah mengumumkan bahawa kesemua pasukan Rusia dilarang menyertai pertandingan sukan antarabangsa serta pertandingan di Eropah.

Tindakan Solbakken itu mendapat restu daripada presiden FA Norway iaitu Lise Klaveness.

Dia berkata: “Stale [Solbakken] dan saya bersetuju bahawa Normann tidak boleh mewakili Norway apabila dia kini akan bermain untuk kelab baru di Rusia.”

Selagi lagi Normann bermain di kelab Rusia, selagi itulah namanya tidak akan dipanggil untuk menyertai Erling Haaland dan rakan rakan yang lain.

Sebagai tambahan, Norman pertama kali bermain di Rusia pada 2019 bersama dengan Rostov. Pemain tersebut juga pernah bermain di England bersama dengan Brighton dan Norwich.

Baca juga artikel

Arteta Persoalkan VAR Yang Batalkan Gol Martinelli Dan Tak Beri Penalti Ketika Saka Dikasari

Tuchel: “Aubameyang Tidak Takut Sumpahan No.9 Di Chelsea”