Pemain baru Pierre-Emerick Aubameyang tidak takut sumpahan no.9 di Chelsea. Oleh itu dia sendiri meminta untuk memakai no.9 di Chelsea, kata pengurus Thomas Tuchel.

Bercakap kepada pemberita menjelang perlawanan liga Sabtu ini di laman sendiri menentang West Ham, beliau menjangkakan penyerang Gabon itu akan membawa pelbagai kualiti kepada skuad.

Chelsea menandatangani Aubameyang dari Barcelona pada hari tarikh akhir perpindahan.

Aubameyang Sertai Chelsea: “Urusan Saya Di EPL Masih Belum Selesai”

Pemain 33 tahun itu mengesahkan kepulangan semula beliau ke Liga Perdana Inggeris, hanya selepas tujuh bulan meninggalkan seteru Chelsea di London, Arsenal.

Aubameyang akan menjadi pemain No. 9, mengambil alih daripada Romelu Lukaku yang menyertai semula Inter Milan selepas musim hambar di Stamford Bridge.

Beberapa penyerang yang memakai No.9 — termasuk Fernando Torres, Radamel Falcao, dan Alvaro Morata — semuanya gagal menunjukkan prestasi terbaik dan gagal meninggalkan legasi lebih kukuh di Chelsea walaupun tiba dengan harapan tinggi.

Namun Tuchel menyatakan keyakinannya kepada Aubameyang untuk menamatkan sumpahan itu. Aubameyang tidak takut dengan sumpahan no.9 yang seringkali dimomokkan ke atas penyerang penyerang posisi no.9 Chelsea.

Tuchel malah menyatakan bahawa Aubameyang mahu menulis sejarahnya sendiri di Chelsea.

“Dia cukup berani untuk mengambil sembilan [jersi No. 9],” kata Tuchel.

“Terpulang kepada kami untuk membuktikannya, untuk saya mencari kedudukan, untuk mencipta sokongan yang mencukupi untuknya agar dia dapat menyudahkan serangan kami.”

“Dia tidak takut dengan masa lalu dan apa di sebalik nombor itu. Dia bersedia untuk menulis sejarahnya sendiri.”

“Auba gembira untuk berjuang untuk cabaran jadi jika dia mahu mengambil jersi No. 9 atau dia mahu menunjukkan kepada orang ramai di London bahawa dia lebih baik daripada yang mereka fikirkan, maka semuanya akan menjadi lebih baik.”

Tuchel, yang sebelum ini menguruskan Aubameyang di Borussia Dortmund, berkata dia tidak bimbang dengan disiplin penyerang itu. Dia juga yakin Aubameyang akan menjadi jalan penyelesaian kepada krisis penyerang yang mereka hadapi.

Perkara itu sudah digariskan Tuchel sejak jelajah pra musim lagi. Di mana beliau ketika itu menyatakan bahawa, peminat tidak boleh menjangkakan lebih tinggi daripada musim lalu, kerana set serangan yang mereka ada adalah sama.

Tuchel juga menegaskan bahawa pasukannya kadangkala seolah olah bergantung dengan penalti Jorginho.

Sambil Tuchel berharap pengurusan tertinggi membeli penyerang baharu. Dan kini Tuchel memiliki Aubameyang.

Tuchel menambah:

“Dia memberikan gol dan kelajuan serta kadar kerja. Jadi ia adalah pakej besar yang boleh dia bawa ke kumpulan kami,” kata Tuchel, sambil menambah Aubameyang tidak boleh berlatih sehingga minggu depan akibat kecederaan rahang yang dialaminya ketika rompakan bersenjata di rumahnya, di Barcelona.