Saingan liga terbaik di rantau Asia, Liga Jepun bakal membuka tirai bagi saingan musim 2023 hari ini dimana terdapat lima pemain dari rantau Asean yang beraksi di liga negara matahari terbit itu.

Pemain dari Asean sememangnya sudah mendapat tempat di Jepun dimana untuk musim ini terdapat lima pemain yang beraksi di liga itu. Berikut adalah senarai lima pemain yang dimaksudkan.

1. Chanathip Songkrasin (Kawasaki Frontale)
[caption id="attachment_113396" align="alignnone" width="1050"]Asean Liga Jepun Sumber Gambar: ESPN[/caption]

Tahun 2023 menjadi musim keenam bagi pemain bintang skuad kebangsaan Thailand ini dalam saingan Liga Jepun dan musim kedua beliau bersama Kawasaki Frontale. Musim lalu Chanathip gagal menjaringkan sebarang gol dan musim ini sudah pasti beliau mahu tampil dengan lebih baik.

2. Supachok Sarachat (Hokkaido Consadole Sapporo)
[caption id="attachment_96201" align="alignnone" width="1050"]Asean Liga Jepun Sumber Gambar: J. League[/caption]

Ini merupakan musim kedua bagi Supachok dan sasaran beliau ialah mendapatkan lebih banyak minit permainan selain jaringan dan assist berbanding musim lalu.

3. Nguyen Cong Phuong (Yokohohama FC)
[caption id="attachment_41110" align="alignnone" width="1050"]Nguyen Cong Phuong Sumber Gambar: AFF[/caption]

Cong Phuong kembali ke Liga Jepun setelah kali terakhir beraksi bersama Mito HollyHock tujuh tahun lalu. Beliau bakal menyarung jersi pasukan yang dinaikkan pangkat dari divisyen kedua musim lalu iaitu Yokohama FC.

4. Pratama Arhan (Tokyo Verdy)
[caption id="attachment_88521" align="alignnone" width="1050"]Pratama Arhan Pratama Arhan[/caption]

Di saingan divisyen dua, Pratama bakal beraksi bersama Tokyo Verdy dan beliau mahu mendapatkan lebih banyak minit permainan dimana musim lalu beliau hanya beraksi sebanyak 45 minit.

5. Jefferson Tabinas (Mito HollyHock)
[caption id="attachment_187617" align="alignnone" width="1050"]Asean Sumber Gambar: Tiebraker Times[/caption]

Jefferson Tabinas beraksi di Jepun sejak beliau di akademi dan pernah menyarung jersi beberapa pasukan seperti Kawasaki Frontale, FC Gifu, Gamba Osaka dan kali ini beliau bakal beraksi bersama Mito HolyHock.