Malam esok skuad kendalian Tan Cheng Hoe akan memulakan aksi pemanas badan bertemu Jordan menjelang perlawanan pertama pusingan ke-2 kelayakan Piala Dunia 2022 di Jakarta minggu hadapan.

Dalam sidang media yang diadakan pagi tadi di Stadium Nasional Bukit Jalil, Tan Cheng Hoe ada meyatakan kepentingan perlawanan bertemu Jordan ini kerana akan melibatkan pengiraan mata FIFA Ranking.

Jadi, apa pun keputusan perlawanan malam esok akan memberikan impak kepada pungutan mata kedua-dua pasukan.

Impak Mata FIFA Ranking Berdasarkan Keputusan Perlawanan

  1. Malaysia Menang 
  • Jika skuad Malaysia berjaya merekodkan kemenangan malam esok, mata FIFA Ranking Malaysia akan bertambah sebanyak +3.497 mata dan Jordan akan merosot sebanyak -3.497 mata.

2. Malaysia Seri

  • Sekiranya kedua-dua pasukan menamatkan perlawanan dengan keputusan seri, mata pasukan Jordan akan merosot kira-kira -0.997 mata dan Malaysia akan mencatatkan pertambahan sebanyak +0.997 mata.

3. Malaysia Kalah

  • Mata FIFA Ranking Malaysia akan merosot sebanyak -1.503 mata.

Mengikut formula pengiraan baru mata FIFA Ranking, sebarang perlawanan antarabangsa kelas A akan dikira mata berdasarkan pembolehubah tertentu yang telah ditetapkan.

Perlawanan Malaysia bertemu Jordan esok tidak termasuk dalam International FIFA Match Calendar dan hanya pembolehubah dengan nilai 5 digunakan.

Baca artikel dibawah untuk mengetahui mengenai mata FIFA Ranking, artikel dibawah mampu membantu anda untuk lebih faham.

20.289 Mata FIFA Ranking Dan Pot 4 Undian Pusingan Ke-2 Kelayakan Piala Dunia 2022 Milik Malaysia

Malaysia Paling Banyak Mengutip Mata FIFA Ranking November 2018 Dikalangan Negara ASEAN.

Pergerakan Mata FIFA Ranking Skuad Kebangsaan Malaysia Terus Positif

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group