Kemenangan kali kedua keatas Timor Leste 5-1 malam ini (agregat 12-2) dalam pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2022 Qatar dan Piala Asia 2023, cukup untuk membolehkan Malaysia layak ke pusingan kedua yang akan bermula pada bulan September 2019.

2 kemenangan dalam perlawanan kelayakan ini juga membolehkan mata FIFA Ranking Malaysia bertambah sebanyak 20.289 mata kepada 1009.044 mata, memintas Singapura dan Indonesia yang tewas kepada lawan masing-masing dalam perlawanan persahabatan yang juga berlangsung malam ini.

2019-06-09_15-23-19

Malaysia bukan sahaja berjaya melayakkan diri ke pusingan kedua tetapi apa yang lebih penting adalah berjaya menempatkan diri dalam Pot 4 bagi undian pusingan kedua yang dijangka akan berlangsung pada 17 Julai 2019 di Doha, Qatar.

40 pasukan akan diundi bagi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022, dimana semua pasukan akan dibahagikan kepada 5 Pot (8 pasukan setiap Pot) berdasarkan kedudukan dalam FIFA Ranking terbaharu sebelum undian dilakukan.

62350926_2216589428437809_4195849393657610240_o

Berdasarkan keputusan perlawanan pusingan pertama ini, Malaysia berjaya mengelak untuk berada dalam Pot 5, yang akan menjadi milik Guam, Indonesia, Singapura, Nepal, Mongolia, Kemboja/Pakistan, Sri Lanka, dan Bangladesh.