Malaysia berjaya menewaskan Sri Lanka 4-1 dalam perlawanan antarabangsa kelas A semalam hasil jaringan Norsharul Idlan Talaha, Adam Nor Azlin dan Mohamadou Sumareh.

Hasil dari kemenangan tersebut membolehkan Malaysia mengutip 4.22 mata tambahan dalam FIFA Ranking menjadikan kutipan kepada 976.51 mata.

Ramai netizen yang memperkatakan berkenaan dengan isu FIFA Ranking skuad kebangsaan tetapi tahukah anda bagaimana cara mengira mengikut formula yang telah ditetapkan oleh FIFA? Vocket FC ada jawapannya!

Formula Pengiraan Baru FIFA Ranking

Selepas tamat saingan FIFA Piala Dunia 2018, formula pengiraan FIFA Ranking juga sudah diubah. Formula baru adalah seperti dibawah:

P = Pb + I(W-We)

P: Point
Pb: Point before match
I: Importance of match
W:  Result
We: Expected Result

Screen Shot 2018-10-13 at 1.18.05 AM

Screen Shot 2018-10-13 at 1.21.37 AM

Dimana,
We = 1/(10^(-dr/600)+1)
dr: Perbezaan mata kedua-dua pasukan

Formula penuh pengiraan mata FIFA Ranking adalah:
P = Pb + I (W-(1/(10^(-dr/600)+1)))

Screen Shot 2018-10-13 at 1.22.36 AM

Berapa Jumlah Mata Yang Diperolehi Selepas Menang Dengan Sri Lanka?

Berdasarkan formula yang ditetapkan oleh FIFA seperti diatas, pengiraan mata yang diperolehi oleh pasukan Malaysia adlah seperti berikut.

Pb Malaysia: 972.29 mata
Pb Sri Lanka: 890 mata

I: 10
W:3
We: 1/(10^(-(972.29-890)/600)+1) = 0.5783002295

Oleh sebab itu, P adalah:
972.29 + 10 (1-0.5783002295) = 972.29 + 10(0.4216997705)
972.29 + 4.216997705 = 976.5069977 @ 976.51 mata

Dari pengiraan diatas, dapat diperhatikan bahawa kemenangan Malaysia keatas Sri Lanka telah berjaya menambahkan 4.22 mata kepada jumlah kutipan mata FIFA Ranking semasa.

Sumber