Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Ketua jurulatih Skuad Projek FAM-MSN, Yusri Che Lah menganggap penyerang muda, Azhad Harraz Arman sebagai prospek besar negara pada masa akan datang yang perlu diambil perhatian selepas mempamerkan aksi memberangsangkan bersama pasukan musim ini.

Pada saat Skuad Projek FAM-MSN sedang bergelut dalam pentas Liga Premier Malaysia 2021, Azhad berjaya mencuri tumpuan dengan penampilannya bersama pasukan dan setakat ini telah meledak lapan gol dalam 18 perlawanan sekali gus dilabel antara pemain muda berpotensi besar.

Jelasnya, apa yang telah dilakukan oleh pemain berusia 18 tahun ini terutamanya bersaing bersama majoriti pemain-pemain lebih berpengalaman di Liga Premier membuktikan dia mampu untuk menyerlah sekiranya diberi peluang di landasan yang tepat demi kariernya.

Walaubagaimanapun, Yusri tetap merasakan Azhad masih lagi ada kelemahan dan kekurangan yang harus diperbaiki mengambil kira ciri-ciri seorang penyerang yang benar-benar berkualiti.

“Jika dilihat pada usia muda 18 tahun, Azhad Harraz telah melakukan sesuatu yang cukup bagus bersama pasukan dan seharusnya beliau perlu diberi masa dan minit permainan yang lebih untuk mengembangkan lagi bakatnya.

“Dia memiliki ciri-ciri seorang penyerang yang kita nak, tetapi dia masih muda dan sudah tentu banyak kelemahan lagi yang perlu dia perbaiki.

“Bagi saya, dia memang antara prospek yang baik selepas kita juga pernah memilik nama-nama lain seperti contoh Luqman Hakim Shamsuddin dan ramai lagi prospek muda.

“Saya percaya dia akan lebih berjaya seandainya terus bekerja keras sepertimana yang dia lakukan sekarang bersama pasukan”, katanya.

Teruskan membaca artikel lain yang telah kami sediakan seperti dibawah.

Peluang Keemasan Azhad Harraz Pikat Brad Maloney

Ferdinand: Man Utd Tidak Sesuai Dengan Corak Permainan Daniel James

Kelayakan Piala Dunia 2022: Gol Kpah Sherman Bantu Liberia Tewaskan Central African Republic

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group