Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam mengumumkan senarai 27 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih skuad bola sepak B-20 kebangsaan, Brad Maloney bagi menyertai kem latihan pusat Fasa 1 secara kuarantin selama sembilan hari di Petaling Jaya, Selangor dari 30 Ogos hingga 7 September 2021.

Antara nama yang mencuri tumpuan ialah Azhad Harraz Arman yang beraksi bersama Skuad Projek FAM-MSN dalam saingan Liga Perdana musim ini.

Azhad antara penyerang tempatan yang menampilkan prestasi cemerlang dalam saingan Liga Perdana musim 2021 dimana beliau setakat ini telah menjaringkan tujuh gol dalam 17 perlawanan yang diharungi.

Meskipun Skuad Projek tidak menampilkan prestasi yang baik dimana mereka masih belum berjaya memenangi sebarang perlawanan liga, namun perkara itu tidak menghalang untuk mempamerkan prestasi memberangsangkan.

Bagi kem latihan pusat Fasa 1, Azhad Harraz akan bersaing dengan beberapa penyerang lain seperti Khairi Suffian, T.Saravanan, Saiful Iskandar dari Selangor 2 serta Syafik Ismail dan Muslihuddin ‘Attiq dari Terengganu II selain rakan sepasukan di Skuad Projek iaitu Amirul Akmal Safarinizam.

Penting bagi Azhad untuk menampilkan prestasi terbaik pada kem latihan pusat Fasa 1 bagi mempersiapkan diri sekiranya dipanggil menyertai Fasa 2 kerana beliau akan berhadapan dengan penyerang seperti Luqman Hakim dan Danial Asri.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan kebangsaan dan saingan Liga Malaysia di sini:

13 Pemain Dijangka Dipanggil Sertai Kem Latihan Pusat Skuad B-20 Fasa Kedua

27 Pemain Dipanggil Ke Kem Latihan Pusat Fasa 1 Skuad Malaysia B-20

Danial Asri Mahu Pemain Muda Beranikan Diri Beraksi Di Posisi Penyerang

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group