Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Skuad B-22 tahun negara ketika ini sedang membuat persiapan bagi menghadapi saingan peringkat kelayakan AFC B-23 tahun yang bakal berlangsung pada 25 hingga 31 Oktober ini di Ulaanbaatar, Mongolia.

Pada aksi persahabatan menentang juara Liga Premier 2021, Negeri Sembilan pada semalam menyaksikan skuad bimbingan Brad Maloney tewas dengan keputusan 2-1 dimana Azhad Harraz membuka tirai jaringan sebelum Aalain Akono dan R.Barathkumar menjaringkan dua gol bagi Negeri Sembilan sekaligus memenangi perlawanan.

Baru-baru, pengguna laman media sosial Twitter yang sentiasa membawa perkembangan mengenai pemain muda negara, Youth Football Malaysia menyenaraikan enam pemain yang bakal menjadi tonggak utama pasukan negara dalam saingan kelayakan.

Antara nama yang dianggap sebagai pemain penting untuk skuad Brad Maloney ialah Luqman Hakim, Mukhairi Ajmal, Quentin Cheng dan Hakimi Abdullah yang baru sahaja menamatkan tugasan bersama pasukan senior dalam dua perlawanan persahabatan menentang Jordan dan Uzbekistan.

Luqman, Mukhairi dan Hakimi bakal memberikan kekuatan yang tersendiri di bahagian serangan manakala Quentin akan memberikan kelebihan di bahagian pertahanan.

Dua lagi pemain iaitu Harith Haiqal dan Arif Aiman turut dilabel sebagai pemain penting namun kelibat dua pemain ini tidak dapat dilihat bersama pasukan negara kerana tidak mendapat pelepasan oleh kelab masing-masing iaitu Selangor dan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Skuad B-22 tahun negara dijadualkan bertemu Penang pada Jumaat ini dan kemudiannya Kedah Darul Aman (KDA) pada Isnin depan sebelum berlepas ke Ulaanbaatar.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia dan skuad kebangsaan di sini:

Harith Haiqal Tidak Sertai Skuad B-22 Negara Hadapi Kelayakan AFC B-23

Hanya 5,000 Hingga 20,000 Penyokong Dibenarkan Masuk Ke Stadium

TRW Kelantan Tamatkan Kontrak Mario Arques

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group