Pengurus Barcelona, Xavi mempersoalkan kenapa kad merah Vinicius Jr boleh ditarik balik?

La Liga baru baru ini mengumumkan bahawa kad merah yang dilayangkan ke atas Vinicius Jr dalam aksi berdepan Valencia telah ditarik balik.

Bermakna pemain itu bebas daripada sebarang penggantungan. La Liga turut memecat kesemua 6 pengadil VAR yang bertugas.

Vinicius Junior mengalami hari yang amat sukar pada hari Ahad. Selepas mengalami penderaan perkauman daripada sebahagian penyokong Valencia di Estadio Mestalla.

Pemain antarabangsa Brazil itu dibuang padang pada masa kecederaan selepas insiden dia menampar Hugo Duro.

Vinicius kelihatan bertindak agresif terhaadap penyerang muda Valencia itu, seperti yang ditunjukkan dalam semakan VAR, dan pemain berusia 22 tahun itu kemudiannya dibuang padang.

Bagaimanapun, rakaman itu gagal menunjukkan bahawa Duro meletakkan lengannya di leher Vinicius sejurus sebelum serangan daripada Vinicius.

Oleh itu, Jawatankuasa Persaingan telah memutuskan untuk membatalkan kad merah itu, bermakna Vinicius bebas bermain untuk Real Madrid dalam perlawanan mereka menentang Rayo Vallecano pada petang Rabu.

Jawatankuasa tersebut menyatakan bahawa, pengadil tidak diberikan gambaran sebaiknya tentang apa berlaku.

Dengan insiden video yang ditayangkan semula kepadanya adalah melibatkan Vinicius sahaja.

Sedangkan pada garis masa sebelum itu, ada serangan awal dilancarkan ke atas Vinicius. Dan rakaman itu tidak ditunjukkan.

Itu telah membuatkan pengadil segera bertindak melayangkan kad merah.

Keputusan jawatankuasa persaingan itu membuatkan Xavi bengang.

Kerana menurutnya, insiden serangan perkauman dengan insiden serangan fizikal daripada Vinicius Jr adalah dua perkara berbeza.

Xavi menjelaskan, tindakan Vinicius menampar lawannya jelas sekali kesalahan kad merah.

Xavi berkata: “Vinicius? Saya sudah menjelaskan pendirian saya tentang rasisme. Perbuatan perkauman harus dipantau.”

“Namun, satu lagi perkara adalah tindakan pemain juga harus diberikan perhatian. Ada tindakan agresif yang berlaku. Dan saya terkejut mereka membatalkan kad merah itu.”

“Ianya tiada kaitan dengan perkara lain.”

Xavi membidas penderaan perkauman dilakukan ke atas Vinicius. Dia berkata:

“Sebarang tindakan serangan perkauman seperti yang kita lihat pada Vinicius, harus dikecam.”

“Sebelum memikirkan Vinicius adalah pemain Real Madrid, pertama sekali dia adalah manusia.”

“Kamu harus mempertahankan dia dan saya akan menggunakan kedudukan saya sebagai pengurus Barcelona untuk mempertahankan dia.”

Xavi turut setuju dengan pandangan Carlo Ancelotti bahawa, perlawanan harus dihentikan jika ada serangan perkauman melampau ke atas pemain.