Vinicius Jr telah mengecam dan kritik La Liga yang telah memberikan imej buruk kepada negara Sepanyol di mata dunia terutama sekali di Brazil.

Ini selepas dia diserang secara rasis sekali lagi ketika beraksi di atas padang.

Dalam aksi antara Valencia dengan Real Madrid di Mestalla, pemain antarabangsa Brazil itu diejek dengan bunyi monyet.

Terutama sekali ketika dia terlibat dalam percakaran dengan pemain Valencia. Membuatkan Vini dibuang padang.

Vinicius memberitahu pengadil tentang individu yang mengejeknya secara rasis. Dia ditenangkan pengadil dan pemain pemain lain.

Namun dia ternyata kecewa ketika berdepan dengan satu lagi insiden seperti itu membuatkannya menangis.

Satu stadium Mestalla membuat ejekan monyet ke atasnya.

Real Madrid kalah dalam perlawanan tersebut. Dan selepas tamat perlawanan Vinicius mengecam La Liga sebagai menormalisasikan perkauman.

“Kejuaraan yang pernah dimiliki Ronaldinho, Ronaldo, Cristiano, Messi kini menjadi milik mereka yang rasis.”

“Bukan pertama kali, bukan kedua kalinya dan bukan ketiga kalinya, La Liga seolah olah menganggap perkauman adalah normal,” kata Vini menerusi luahannya di Instagram.

Menurut Vini, apa yang menimpanya membuatkan orang di negaranya menganggap Sepanyol sebagai negara rasis. Walaupun dia sayangkan Sepanyol. Namun dia tidak dapat mempertahankan kritikan itu.

“Orang Sepanyol mungkin tak setuju, namun di Brazil mereka menganggap Sepanyol sebagai negara rasis.”

“Dengan apa yang berlaku setiap minggu di sini, saya tidak dapat mempertahankan negara ini.”

Carlo Ancelotti turut kritik dan mendesak La Liga lebih tegas dalam isu perkauman melibatkan Vinicius Jr. Dia menyatakan bahawa, dia sudah memberitahu pengadil agar menghentikan perlawanan setelah mendengar satu stadium berterusan mengejek Vinicius.

Namun pengadil tidak mengendahkannya.

Vini Jr bagaimanapun tidak berhasrat untuk meninggalkan Real Madrid. Malah bertekad akan terus melawan rasisme di negara tersebut.

Dia sudah menandatangani kontrak jangka panjang yang baharu dengan Real Madrid pada bulan lalu, menurut Fabrizio Romano.

Vinicius Jr menjadi antara pemain sayap terbaik di Eropah dalam beberapa musim kebelakangan ini. Dia juga menjadi pemain penting Real Madrid, dalam membentuk gandingan bersama dengan Karim Benzema.