Emerson Palmieri telah menghantui kelab lamanya, Chelsea apabila pemain tersebut menjaringkan gol penyamaan untuk membuatkan Chelsea terus keciciran mata di tempat lawan.

Skuad mahal Graham Potter sekali lagi gagal menepati harapan peminat Chelsea. Ini selepas The Blues diikat 1-1 oleh West Ham dalam aksi derbi London.

Joao Felix dan Enzo Fernandez antara dua nama yang cemerlang dalam penampilan mereka.

Ini adalah perlawanan kedua Felix untuk kelab yang meminjamnya itu. Dan dia berjaya meletakkan Chelsea di hadapan hasil umpanan kelas dunia oleh Enzo Fernandez.

Gol minit ke-16 itu memberikan tanggapan yang baik kepada Chelsea pada awal babak permainan.

Namun bekas pemain Chelsea, Emerson Palmieri menghantui kelab lamanya dengan gol penyamaan pada minit ke-28 perlawanan.

Chelsea kemudian bergelut untuk mencipta peluang di hadapan gol. Walaupun memiliki skuad yang berkualiti, tetapi Potter jelas masih tidak dapat mengadun lagi bintang bintang miliknya buat masa ini.

Dia jelas sekali memerlukan sedikit masa lagi.

Walaupun Chelsea mengusai 72% permainan, secara keseluruhannya mereka juga sangat terdedah kepada serangan balas lawan. Membolehkan The Hammers melakukan 10 percubaan ke arah gawang mereka.

Namun harus diakui Chelsea berhak mendapat penalti apabila Soucek menghadang bola percubaan Gallagher dengan tangannya.

Chelsea kini tanpa kemenangan dalam 7 perlawanan terakhir mereka di tempat lawan untuk aksi EPL. Sudah berbelanja lebih £300 juta pada Januari.

Walaupun Potter menyatakan dia tidak tertekan dengan situasi di Chelsea, namun dia tidak dapat menafikan kritikan ke atasnya.

Chelsea akan berdepan dengan Borussia Dortmund dalam aksi suku akhir UCL selepas ini.

Dengan prestasi semasa mereka, sudah tentunya peminat Chelsea agak keresahan.