UEFA dilaporkan akan menutup ‘loophole’ ataupun kelompongan yang telah digunakan Chelsea untuk membeli ramai pemain pada Januari.

Salah satu caranya adalah dengan memberikan kontrak jangka panjang dengan alasan bayaran ansuran.

Aktif Berbelanja, Ini Cara Bijak Chelsea Mengelak Daripada Melanggar Peraturan FFP

Misalnya, Mudryk yang diberikan kontrak 8 tahun. Chelsea dilaporkan setuju harga £88 juta / sekitar €100 juta untuk pemain itu.

Dalam tempoh 8 tahun, Chelsea hanya membayar lebih sedikit daripada £10 juta. Yang membuatkan Chelsea berjaya mengelak daripada melanggar had FFP yang mereka ada pada satu musim terbabit.

The Blues telah menandatangani enam pemain pada bulan ini.

Mereka ialah David Datro Fofana, Andrey Santos, Benoit Badiashile, Mykhailo Mudryk dan Noni Madueke semuanya telah menyertai secara tetap, manakala Joao Felix dipinjamkan dari Atletico Madrid.

Dan mereka masih berusaha mendapatkan Enzo Fernandez yang ada klausa pelepasan €120 juta.

Pemilik Chelsea, Todd Boehly terdesak untuk menyokong pengurus Graham Potter selepas permulaan musim yang mengerikan, yang menyaksikan kelab itu berada di tangga ke-10 dalam Liga Perdana Inggeris.

UEFA mendapat banyak aduan tentang Chelsea yang dianggap mengambil kesempatan di atas kelompongan peraturan FIFA. Chelsea dianggap menipu dalam perpindahan pemain.

Dan peraturan itu akan berubah dalam beberapa bulan akan datang, menurut The Times.

Badan induk bola sepak Eropah- UEFA – akan mengeluarkan had masa maksimum lima tahun untuk bayaran perpindahan yang perlu dibayar.

Polisi baharu itu akan diperkenalkan sebelum jendela perpindahan musim panas akan datang.

Peraturan FIFA menyatakan bahawa kontrak hendaklah maksimum lima tahun melainkan undang-undang negara mengatakan bahawa kontrak itu boleh lebih lama. Pada masa ini, tiada peraturan seperti itu  di United Kingdom.

Chelsea tidak akan dihalang daripada memecahkan kos pembayaran untuk pemain yang telah mereka tandatangani.

Datro Fofana dan Badiashile sedang dalam perjanjian tujuh tahun setengah dan enam setengah tahun. Wesley Fofana, yang tiba dari Leicester City pada musim panas, dalam perjanjian tujuh tahun.

UEFA mendapati ada beberapa kesan yang boleh berlaku daripada kontrak terlampau panjang. Misalnya, Chelsea cuba menjual pemain itu hanya selepas beberapa musim bersama mereka.

Kelab akan berdepan masalah untuk menjual pemain kerana gaji terlalu tinggi misalnya, yang membuatkan tiada kelab sanggup membeli mereka.

Selain itu, jika mereka menjualnya selepas tiga atau empat tahun, mereka tidak akan mendapat keuntungan yang banyak [dari segi perakaunan] kerana masih banyak baki yuran perpindahannya belum dilunaskan.