Joao Felix mempertahankan rakan sepasukannya Kai Havertz dan yakin pemain itu akan mencetak gol menentang Borussia Dortmund dalam aksi kedua peringkat 16 akhir Liga Juara Juara Eropah.

Borussia Dortmund membawa kelebihan agregat 1 gol dari perlawanan pertama mereka ketika aksi di Signal Iduna Park.

Chelsea harus mencari gol dalam perlawanan ini dan semestinya mereka mahu menang.

Ditanya sejauh mana Felix menantikan perlawanan esok dan berapa banyak tekanan yang dialami pemain?

Felix berkata: “Tekanan sifar. Ini adalah tugas kami. Kami hanya perlu menikmati dan memenangi perlawanan.”

“Tahap keyakinan dan fokus kami tinggi kerana kami perlu menang. Kami akan menikmatinya dan jika kami melakukan perkara yang betul, kami akan menang.”

“Saya benar-benar mahu memenangi perlawanan ini esok. Saya suka bermain dalam Liga Juara-Juara Eropah, semua orang menyukainya.”

“Ia adalah pertandingan yang istimewa dan saya berharap selepas 90 minit kami berada di sini untuk meraikannya.”

Kai Havertz telah dikritik kerana kekurangan golnya, namun Joao Felix yakin penyerang antarabangsa Jerman itu akan mencetak gol ke atas Dortmund esok.

“Dia seorang pemain yang menakjubkan. Semua orang tahu apa yang telah dia lakukan untuk kelab. ”

“Kami sebaya jadi saya sudah mengenalinya sejak dahulu lagi. Kami mempunyai hubungan yang baik di atas padang dan di luar padang. Ia adalah bola sepak.”

“Kadang-kadang anda Menjaringkan gol berturut-turut dalam setiap perlawanan. Setiap kali anda tidak melakukannya, anda hanya perlu terus bekerja.”

“Dia seorang yang sangat baik. Dia tidak pernah berhenti bekerja. Dia sentiasa mencari cara untuk menjadi lebih baik dan menjaringkan gol. Esok dia akan menjaringkan gol.

Felix menyertai Chelsea secara pinjaman musim ini. Namun Atletico sudah menegaskan bahawa mereka mahu pemain itu kembali selepas tamat tempoh pinjaman.

Atletico malah sempat memujuk Felix melanjutkan kontraknya terlebih dahulu sebelum berlepas ke Chelsea.

Namun begitu, beberapa minggu lalu, Atletico dikatakan sudah sedia menjual pemain itu hanya dengan harga yang tepat seperti mereka mahukan.

Kelab itu meletakkan tanda harga sekurang kurangnya €90 juta untuk pemain tersebut. Kurang daripada €120 juta yang mereka letakkan sebelum ini.

Fokus Felix adalah membantu Chelsea pada musim ini. Dan menyedari kepentingan UCL kepada kelab itu.