Joao Felix sertai Chelsea dari Atletico dengan pinjaman separuh kedua musim.

Pemain antarabangsa Portugal itu diumumkan secara rasmi sebagai penandatanganan Chelsea yang baharu pada Januari.

Sebelum ini beberapa kelab mahukan Joao Felix termasuk Arsenal. Namun pemain itu lebih tertarik dengan pakej ditawarkan Chelsea.

Felix berkata: “Chelsea salah sebuah pasukan terhebat di dunia, dan saya berharap akan dapat membantu pasukan mencapai matlamatnya.”

“Saya sangat sangat gembira berada di sini, dan sangat teruja untuk bermain di Stamford Bridge.”

Atletico tidak berminat untuk perjanjian pinjaman dengan ada obligasi pembelian tetap. Mereka hanya mahu melepaskan Felix pada separuh musim ini untuk membantu memulihkan sedikit ekonomi kelab.

Chelsea setuju membayar sepenuhnya gaji Felix untuk baki musim ini. Dilaporkan perpindahan pinjaman ini juga membolehkan Atletico mendapat €11 juta.

Sebelum sertai Chelsea Joao Felix sempat melanjutkan kontraknya bersama Atletico sehingga 2027.

Joao Felix merupakan pemain yang dibeli Atletico Madrid dengan nilai €120 juta secara keseluhan. Menjadikan dia pemain remaja termahal pada ketika itu.

Felix juga merupakan pemain kebangsaan Portugal. Dan dia bermain untuk negaranya dalam kempen Piala Dunia 2022 yang lalu.

Graham Potter terdesak mahukan pemain baharu pada Januari untuk memperbaiki prestasi Chelsea yang kini terperangkap di pertengahan carta liga.

Kehadiran Joao Felix diharap akan dapat menambahkan sengat di barisan serangan terutama sekali dari segi kreativiti.