Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) sebentar tadi telah membuat pengumuman tergempar yang pastinya membuatkan banyak pihak kecewa.

Menurut kenyataan dikeluarkan JOHOR Southern Tigers, baginda yang menyumbangkan terlalu banyak idea menarik dalam menaikkan nama JDT ke tahap luar biasa, menyatakan hasrat untuk berundur diri daripada mengendalikan urusan berkenaan kelab gergasi tanah air itu.

Difahamkan, TMJ mahu memberikan fokus terhadap tanggungjawab lain yang perlu digalas dimana sebahagian besar penyokong JDT memahami bahawa keputusan yang diambil baginda adalah demi kebaikan negeri Johor.

“Disebabkan tanggungjawab dan komitmen saya yang lain, saya telah mengambil keputusan untuk berundur dan menyerahkan urusan harian Kelab Bolasepak JDT kepada pengurusan tertinggi kelab.”

“Saya doakan yang terbaik untuk kelab dan semua,” ujar TMJ menurut kenyataan yang dikeluarkan laman rasmi kelab tersebut.

Kesediaan TMJ dalam merubah struktur bola sepak di Johor pada penghujung tahun 2012 menjadi saksi lahirnya sebuah pasukan yang pada ketika ini amat sukar digugat oleh pasukan lain dari segenap aspek termasuklah melibatkan kejayaan, fasiliti serta nilai komersial.

Dengan pengaruh besar dimiliki TMJ dalam membina legasi JDT hampir sedekad ini, sudah pasti buah fikiran dan nasihat baginda akan menjadi petunjuk kepada setiap langkah yang akan diambil oleh pengurusan tertinggi kelab.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak seluruh dunia melalui pautan dibawah.

Kim Pan-gon Gembira Malaysia Menang Aksi Pembukaan

Liverpool Sedia Tewaskan Manchester United Untuk Menandatangani Darwin Nunez

JDT Luaskan Kuasa Bersama Snoop Dogg