Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim (TMJ) pelik dengan tindakan Selangor yang bermain bunga api pada minggu perlawanan kelima saingan Liga Super.

Sebelum aksi menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Kelana Jaya, Jumaat lalu, terdapat bunga api yang dilacarkan sebelum perlawanan.

“Sebelas tahun saya dalam arena bola sepak, saya tak pernah lihat ada orang bermain bunga api pada perlawanan kelima.

“Selama ini orang main bunga api selepas ada pencapaian contohnya menjadi juara dalam sesuatu pertandingan ataupun hujung tahun.

“Tetapi ini adalah benda yang unik, benda yang saya baru belajar bahawa kita boleh bermain bunga api pada perlawanan ke-5 liga,” katanya kepada Ahli Lembaga Pengarah JDT dan penasihat belia Johor, Khairy Jamaluddin.

Bunga api tersebut tidak dilancarkan oleh pasukan melainkam itu dianggap sebagai acara untuk meraikan ulang tahun salah satu kumpulan penyokong tegar Selangor iaitu Ultrasel yang kini mencecah usia 13 tahun.

Perlawanan antara kedua-dua pasukan menyaksikan JDT meraih kemenangan mudah dengan keputusan 4-0.

JDT menjaringkan gol pertama pada minit ke 55 selepas Juan Muniz merembat masuk bola hantaran Forestieri yang mudah memperdayakan Shahrul Nazeem dan Khuzaimi.

JDT terus garang menambah gol kedua dan kali ini menerusi rembatan Diogo Luis Santo menewaskan Khairul Azhan pada minit ke 66. Ini adalah jaringan ketiga berturut-turut beliau sejak ketiadaan Bergson.

Ketika tuan rumah tercari-cari rentak permainan, Harimau Selatan terus menghukum kelekaan benteng pertahanan apabila menjaringkan gol ketiga menerusi gerakan pantas Arif Aiman sekaligus disudahkan oleh Forestieri pada minit ke 77.

Forestieri sekali lagi menambah derita tuan rumah apabila merembat masuk gol keempat pada minit ke 82 hasil daripada sepakan sudut yang diambil oleh Leandro Velaquez.

Keputusan 4-0 kekal sehingga tamat perlawanan dan memastikan JDT terus gah di takhta liga dengan 15 mata dengan rekod tanpa kalah selepas mengharungi 5 perlawanan.