Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau TMJ nafi beliau cemburu dengan pembinaan Stadium Shah Alam yang serba moden dan bertaraf dunia.

Beberapa hari lalu TMJ mempersoalkan kos membangunkan semula Stadium Shah Alam yang dilaporkan bernilai RM700 juta.

Ini selepas TMJ melihat video pembentangan lakaran projek stadium Shah Alam yang baharu itu akan dilengkapi denga kemudahan-kemudahan canggih serja pusat komersial dan riadah seperti masjid, taman permainan dan trek jogging untuk kegunaan orang awam.

Oleh sebab itu TMJ berpendapat anggaran kos sebanyak RM700 juta lebih tidak logik kerana stadium tersebut dilengkapi dengan pelbagai teknologi tinggi.

Sebelum itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sebelum ini mengesahkan mengumumkan kos sebanyak RM787 juta juga termasuk kos meninggikan lagi platform stadium sebanyak 1.5 meter bagi mengelak kejadian banjir berulang dan menukar sistem pendawaian elektrik.

“Stadium Sultan Ibrahim 400 juta lebih sahaja. Stadium ini (Stadium Shah Alam) sekurang-kurangnya RM2 billion kerana mempunyai teknologi yang tinggi. 700 juta lebih tidak logik,” tulis TMJ menerusi satu hantaran di laman instagram.

Apa yang diperkatakan oleh TMJ ada benarnya kerana Stadium Shah Alam yang baharu dilengkapi teknologi tinggi seperti kawalan kelembapan dalaman, ‘ETFE ceramic coating’ dan sistem penyejukan tempat duduk.

Stadium tersebut juga turut mempunyai ciri ciri canggih seperti ‘retractable pitch’ ataupun padang mudah alih dan juga mampu mengendalikan pelbagai acara sukan ‘indoor’ seperti badminton, sepak takraw, bola tampar serta acara hiburan.

Secara asasnya stadium baharu itu berkapasiti sekitar 35,000 – 40,000. Turut menyediakan curva khas buat kumpulan penyokong setia Selangor, UltraSel. Ia juga memberi kemudahan kepada aktiviti sukan dan rekreasi berasaskan komuniti, kelestarian dan keusahawanan.

Selangor Bakal Miliki Stadium Berkelas Dunia Dengan Padang Mudah Alih

Lantas TMJ dituduh sesetengah pihak sebagai cemburu. Lalu TMJ meminta mereka yang menuduhnya cemburu untuk cuba baca pakai otak. TMJ membezakan projek Stadium Shah Alam dengan Singapore Sports Hub.

Sebagai perbandingan Kompleks Sukan Shah Alam itu didirikan di atas tapak seluas 80 hektar lebih besar daripada Singapore Sports Hub yang berkeluasan 35 hektar sahaja menelan kos pembinaan sebanyak RM4.3 billion.

TMJ menjelaskan: “Pertamanya, saiz plot [Singapore Sports Hub] adalah 35 hektar.”

“Kedua, kos pembinaan [Singapore Sports Hub] adalah SGD1.3 billion ataupun RM4.2 billion.”

“Ketiga, kos penjagaan setrahun adalah SGD68 juta [RM219 juta].”

“Keempat, ada bumbung mudah alih, padang kekal dan kawalan suhu.”

“Kelima, kos untuk kerajaan Singapura menamatkan perkongsian awam swasta [PPP] dan pengambilalihan dianggarkan SGD2.3 billion [RM7.4 billion] pada 22 Ogos.”

“Kalau Singapore Sports Hub pun pembinaan dan penjagaan setinggi itu, bagaimana pula dengan stadium  [Shah Alam] yang mempunyai teknologi yang lebih canggih [boleh] lebih murah?”

“Ini adalah kos Singapir Sports Hub yang berkeluasan 35 hektar,bayangkan kos untuk projek berkeluasan 75 hektar.”

“Kalau SNBJ [Stadium Nasional Bukit Jalil] pun kerajaan ‘Negara’ terkial kial nak jaga apatah lagi kerajaan negeri.”

“Dengan nama Allah SWT, saya tak cemburu. Saya hanya musykil dan tak suka rakyat terus diperbodohkan.”