Selangor bakal memiliki stadium berkelas dunia selepas Pemerdananan Menteri Besar (MBI) mengumumkan bahawa Stadium Shah Alam yang baharu akan dibina yang turut menggunakan teknologi padang mudah alih.

MBI turut mengajak orang ramai datang ke pameran berkaitan pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA), di SACC Mall bermula 26 Januari sehingga 10 Feb hadapan dari 10 pagi hingga ke 10 malam.

Dipetik dari sumber BERNAMA, MBI menyatakan: “Di sepanjang sesi ini, orang ramai berpeluang untuk melihat dan mendapatkan gambaran yang lebih lanjut mengenai projek pembangunan tersebut melalui paparan video 3D flythrough, papan informasi dan model konsep projek pembangunan berkenaan.”

“Pengunjung boleh menilai dan berpeluang untuk memberikan maklum balas dan cadangan melalui kod imbasan QR yang disediakan pihak MBI Selangor.”

Projek Pembangunan KSSA adalah di atas tapak yang berkeluasan 188 ekar. Dan ia bakal mempunyai sebuah stadium bertaraf dunia, yang merangkumi 60 peratus daripada keseluruhan kawasan projek pembangunan.

MBI menambah: “Baki 40 peratus daripada keseluruhan kawasan projek pembangunan merupakan taman rekreasi dan ruang komersial, yang diaspirasikan untuk menggalakkan interaksi dalam komuniti serta memberi pelbagai peluang keusahawanan kepada golongan belia di Selangor.”

“Sesi libat urus awam ini merupakan inisiatif Kerajaan Selangor yang bertujuan memastikan ketelusan dalam setiap urusan dan mencerminkan komitmen yang berterusan kerajaan negeri ke arah pentadbiran yang cekap, serta berpaksikan kepentingan masyarakat umum,” menurut kenyataan itu.”

Pada 15 Julai lepas, kerajaan Selangor melantik Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), untuk melaksanakan pembangunan baharu Stadium Shah Alam dan fasilti sukan sekitarnya, dengan kos ditetapkan sekitar RM787 juta.

MBI turut memuat naik video reka bentuk KSSA di Facebook rasmi mereka.

Antara ciri ciri yang dipaparkan adalah, teknologi kawalan kelembapan di dalam stadium termasuk di kawasan tempat duduk penyokong.

Stadium baharu di Selangor itu nanti turut dilengkapi dengan ciri ciri canggih seperti ‘retractable pitch’ ataupun padang mudah alih dan juga kemampuan stadium itu mengendalikan pelbagai acara sukan lain selain bola sepak serta acara hiburan.

Secara asasnya stadium baharu berkapasiti sekitar 35,000 – 40,000. Turut menyediakan curva khas buat UltraSel.

Saksikan di sini video khas tersebut:

Sumber