Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim (TMJ) mendedahkan faktor utama mengapa beliau melepaskan bekas ketua jurulatih pasukan, Benjamin Mora.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini
Artikel Berkaitan:

Dalam satu sesi bersama pasukan yang diadakan hari ini, Tunku Ismail menjawap soalan mengenai Mora selepas jurulatih itu meninggalkan pasukan pada bulan Julai lalu dan digantikan dengan Hector Bidoglio.

“Saya masih rapat dengan Benjamin Mora. Dia sudah lama berbincang dengan saya. Apabila dia rasa masa sudah tamat, apabila dia tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya dan respon daripada pemain adalah lain terhadap dia, maka ia adalah masa yang sesuai untuk dia berhijrah.

“Kita sudah ada persetujuan dimana pasukan melepaskan dia kerana kita perlu seorang ketua jurulatih yang boleh menjaga kestabilan pasukan.

“Pemain perlu seorang jurulatih yanh boleh memberikan arahan, hormat dan juga menjaga kestabilan bilik persalinan,” katanya.

Pada masa yang sama, TMJ turut meminta peminat agar memberi ruang kepada Hector untuk mengenal kekuatan dan juga kelemahan pasukan lawan kerana ini merupakan musim pertama Hector dalam saingan Liga Malaysia.

Sepanjang mengendalikan pasukan, Benjamin Mora merupakan jurulatih JDT yang paling berjaya dengan empat kejuaraan Liga Super Malaysia, empat Piala Sumbangsih, satu Piala Malaysia dan turut membawa pasukan tersebut ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara AFC tahun ini.

Beliau telah mengendalikan sebanyak 148 perlawanan sepanjang dua kali menggalas tugasan sebagai jurulatih JDT sejak 2017, dan memenangi 102 perlawanan. Satu pencapaian yang baik oleh jurulatih dari Mexico itu.

Hector berjaya mencipta impak positif bersama pasukan dimana baru-baru ini beliau membantu JDT memenangi trofi Piala FA dengan menewaskan Terengganu di pentas akhir.