Penjaga gol skuad kebangsaan, Syihan Hazmi rasmi meninggalkan pasukan Negeri Sembilan sekaligus bakal beraksi bersama kelab baharu bagi menbghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Perkara ini dikongsikan oleh Negeri Sembilan menerusi pengumuman di laman media sosial rasmi pasukan dimana Syihan meninggalkan kelab itu selepas beraksi hanya semusim.

“Negeri Sembilan FC ingin merakamkan penghargaan kepada penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi atas khidmat dan bakti beliau sepanjang bersama pasukan,” dipetik dari kenyataan yang dikeluarkan pihak kelab.

Sebelum ini, Syihan dikaitkan dengan beberapa pasukan besar dalam saingan Liga Super selepas menampilkan prestasi yang baik sepanjang musim. Selain membantu Negeri Sembilan menamatkan saingan liga di tangga ke-4, bekas pemain skuad B-23 tahun negara itu turut membantu skuad Jang mara ke peringkat suku akhir dimana mereka tewas kepada Selangor dengan keputusan 4-2.

Prestasi cemerlang Syihan Hazmi turut menarik perhatian ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Kim Pang-gon untuk memanggil pemain itu bagi beraksi di saingan peringkat kelayakan Piala Asia 2024 dan juga kejohanan empat penjuru iaitu Piala Raja Thai.

Antara kelab yang dikaitkan dengan Syihan ialah Johor Darul Ta’zim (JDT) dimana terdapat khabar angin sebelum ini kelab dari Selatan tanah air itu mahu mencari pengganti kepada salah seorang penjaga gol senior iaitu Farizal Marlias.

Namun pemilik kelab, Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim (TMJ) baru-baru ini memberikan maklum balas beliau mengenai berita tersebut.

“Siapa Syihan. Saya tidak kenal,” kata Tunku Ismail selepas aksi persahabatan antarabangsa antara JDT menentang kelab Jerman, Borussia Dortmund yang menyaksikan Dortmund menang dengan keputusan 4-1.