Pemain Melaka United, Syazwan Andik mendedahkan beliau dan rakan sepasukan sudah lima bulan tidak menerima sebarang gaji dan mereka mahukan jawapan dari pihak pengurusan pasukan.

Menerusi laman media sosial Instagram miliknya, Syazwan Andik mendedahkan beliau ada menghubungi pemilik Melaka United, Datuk Seri Justin Lim namun usaha itu menemui kegagalan.

“Bila kami mesej tidak dibalas. Hanya dibaca sahaja. Bila kami hubungi tidak dijawap. Hanya diam sahaja pemilik Melaka ni. Bila tanya Melaka United Soccer Association (MUSA) mereka cakap sudah tiada kena mengena.

“Sudah lima bulan kami tidak bergaji. Komitmen banyak tertunggak. Pihak bank hubungi hari-hari. Nak sara keluarga lagi. Nak minta tolong siapa lagi?,” katanya.

Isu tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan menjadi punca utama mereka disingkirkan dari beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab MFL (AB), telahpun bermesyuarat dan membuat keputusan bahawa rayuan kelab Liga Super Melaka United (MUFC) dan Sarawak United FC (SUFC) untuk memohon Lesen Kebangsaan ditolak.

Menurut kenyataan rasmi, AB telah mempertimbangkan rayuan MUFC dan SUFC berikutan keputusan First Instance Body (FIB) yang telah menolak permohonan Lesen Kebangsaan bagi kitaran 2022 pada 12 Oktober 2022 selaras dengan Artikel 3.4.4 yang termaktub di dalam Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2022.

Dua pasukan terbabit sudah diberikan ‘talian hayat’ kira-kira seminggu oleh FIB, namun didapati tidak dapat memenuhi dokumentasi menyebabkan mereka disingkirkan dan tidak dibenarkan beraksi di Liga Super musim depan.

“Tahun depan SUFC dan Melaka United tidak mempunyai lesen untuk beraksi di Liga Super 2023. Kita berkomunikasi dengan dua kelab terbabit, namun keputusan sudah dibuat.

“Sekarang ini, kita akan menetapkan pasukan bertanding kepada 15 pasukan. Sejajar dengan peraturan ditetapkan MFL, dua pasukan ini tidak boleh lagi beraksi di Liga Super,” katanya CEO MFL, Stuart Ramalingam.

Melaka United didapati tidak mengemukakan bukti pembayaran tunggakan gaji pemain dan pegawai sehingga Ogos 2022 serta tidak menyerahkan dokumen berkaitan bagi memenuhi syarat sub kriteria kewangan F.04 dan