Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Kelmarin peminat bola sepak dunia dikejutkan dengan tragedi rusuhan besar-besaran di Stadium Kanjuruhan, Indonesia ketika perlawanan diantara Arema FC menentang Persebaya Surabaya sehingga mengorbankan lebih 100 nyawa.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, timbul rasa kurang senang dalam kalangan warga maya apabila sebuah kumpulan samseng bola sepak dari selatan tanah air yang dikenali sebagai Johor Inter Firms (IJF) bertindak mengeluarkan kenyataan berbaur hinaan kepada mangsa rusuhan tersebut.

Hantaran dimuat naik menerusi laman facebook kumpulan itu  jelas tidak menjaga perasaan ahli keluarga mangsa ketika seluruh dunia bersedih di atas tragedi yang berlaku.

“Sendiri cari masalah, sendiri yang hilang nyawa” tulis page tersebut.

Sehari kemudian, tular satu video di laman twitter yang didakwa suara pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) yang memberi teguran keras kepada salah seorang ahli IJF.

“Siapa budak-budak baru nak naik ni busukkan nama negeri Johor? Korang ni semua makin lama bukannya makin muda, makin tua. Baik cari rezeki untuk keluarga masing-masing.

“Jangan terikut-ikut budaya negeri lain, tunjuklah bertamadun. Aku tak suka bila budak-budak buat taik, nama busuk pergi kat negeri Johor,” ujar baginda.

Tindakan yang dilakukan oleh individu yang dipercayai TMJ itu mendapat pujian daripada peminat bola sepak tempatan. Malah, penyokong Arema FC turut mengucapkan terima kasih diatas sikap prihatin TMJ menegur individu tersebut.

IJF turut mengeluarkan kenyataan permohonan maaf dan memadamkan status berbaur hinaan yang dikeluarkan mereka sebelum ini.

“Kami ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas tindakan kami kerana tidak menjaga sensitiviti terhadap emosi keluarga mangsa-mangsa yang terkoban dalam kejadian rusuhan di Stadium Kanjuruhan tempoh hari.

“Kami sedar tindakan tersebut adalah tidak wajar dilakukan, serta mendatangkan pelbagai perkara dan pandangan negative kepada negeri Johor secara khasnya,” tulisnya.

Sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) pernah mengharamkan IJF daripada memasuki stadium seumur hidup. Kumpulan itu juga sering menimbulkan kekecohan di stadium pasukan lawan sehingga menjejaskan imej JDT.

TMJ ketika itu turut mengutuk sekeras-kerasnya mana-mana organisasi yang mengamalkan ideologi ‘hooligan’ (samseng).