Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam menepis sekeras-kerasnya dakwaan bahawa terdapat elemen pilih kasih dalam menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan pemain yang semakin kedengaran pada ketika ini.

Perkara itu sudah pastinya tertumpu kepada keputusan Jawatankuasa Tatatertib FAM pada 26 Mac lalu dimana menjatuhkan hukuman penggantungan dua perlawanan kepada Ahmad Khairil Anuar Zamri [simulasi] dan satu perlawanan buat Hein Htet Aung [mengeluarkan simbol berbaur politik].

Manakala dua pemain import, Jack Raymond Hindle dan Alex Goncalves hanya diberikan amaran keras atas kesalahan kelakuan yang tidak bersemangat sukan, sementara itu kes yang ditunggu-tunggu iaitu melibatkan pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa masih belum diumumkan keputusannya.

Keadaan itu membuatkan para penyokong berpendapat pihak FAM mengamalkan sikap pilih kasih dan sengaja melambat-lambatkan proses tersebut kerana masih tiada sebarang hukuman diterima susulan tindakan Insa yang menolak pengadil perlawanan Perak bertemu JDT, Noor Azriel Baharudin pada 21 Mac lalu.

Memetik sumber dikeluarkan Utusan Malaysia, Stuart tampil bersuara untuk menjelaskan prosedur asas yang perlu diikuti sebelum hukuman atau keputusan mengenai kesalahan Insa dapat dilakukan.

“Jangan salah anggap dengan mengatakan bahawa sengaja melengah-lengahkan atau lambat untuk membuat keputusan dan hukuman terhadap kes Natxo kepada pengadil dalam aksi menentang Perak FC, 21 Mac lalu.”

“Kita tidak boleh masukkan sekali kes Natxo ini untuk dibicarakan pada mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib pada Rabu lalu kerana ia perlu mengikut proses dan prosedur yang mana empat kes dibi­carakan itu hanya membabitkan kes pada Hari Perlawanan 1 dan 2.”

“Kes-kes ini pun, Jawatankuasa Tatatertib hanya buat keputusan selepas Hari Perlawanan 5 selepas proses tatatertib diselesaikan,” ujar Stuart bercakap kepada Utusan Malaysia bagi menjelaskan perkara sebenar.

“Jadi untuk kes Natxo yang berlaku pada Hari Perlawanan 5, Jawatankuasa Tatatertib perlukan masa untuk menghantar surat pertuduhan, kemudian memberi peluang dan ruang untuk pemain menjawab pertuduhan atau membela diri dalam tempoh masa tertentu.”

“Jika perlu, pemain akan dipanggil untuk memberi hujahnya secara lisan pada hari mesyuarat tersebut. Jawatankuasa Tatatertib juga perlu menghantar notis mesyuarat kepada ahli-ahlinya untuk penetapan tarikh mesyuarat.”

“Selain itu, kes membabitkan bukti video ini agak berbeza dengan kes yang pemain atau pegawai itu dilayangkan kad merah. Ia perlu mengambil sedikit masa dan bukan sengaja FAM melengah-lengahkannya,” tambah Stuart Ramalingam lagi.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

Al-Hafiz Harun: Tonggak Lincah Nadi Kekuatan Penang FC

3 Perkara Penting Dalam Kenyataan Balas PFAM Berkaitan Tuntutan Tunggakan Gaji 5 Bekas Pemain Kelantan FC

Tan Cheng Hoe Kagum Dengan Prestasi Ditampilkan Pemain Muda