Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam mesyuarat kali pertama bagi penggal 2021-2025 pada Rabu, 24 Mac 2021 telah mencapai keputusan-keputusan berikut:

1. Pemain Kelantan FC – Jack Raymond Hindle

Kesalahan: Melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM (edisi 2015) iaitu kelakuan yang tidak bersemangat sukan pada perlawanan Liga Premier 2021, Kelantan FC lwn Perak FC II di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 6 Mac 2021.

Hukuman: Diberikan amaran keras supaya tidak melakukan perbuatan ini lagi dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

2. Pemain Melaka United FC – Alex Dos Santos Goncalves

Kesalahan: Melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM (edisi 2015) iaitu kelakuan yang tidak bersemangat sukan pada perlawanan Liga Super 2021, PJ City FC lwn Melaka United FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada 10 Mac 2021.

Hukuman: Diberikan amaran keras supaya tidak melakukan perbuatan ini lagi dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

3. Pemain PJ City FC – Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri

Kesalahan: Melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM (edisi 2015) iaitu kelakuan yang tidak bersemangat sukan pada perlawanan Liga Super 2021, PJ City FC lwn Melaka United FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada 10 Mac 2021.

Hukuman: Digantung dua perlawanan iaitu PJ City FC bertemu Terengganu FC (2 April 2021) dan Kuala Lumpur City FC (7 April 2021) akibat daripada tindakannya yang berkelakuan tidak bersemangat sukan apabila terjatuh di dalam kotak penalti dan memegang kaki seolah-olah  telah dikasari oleh pemain lawan walaupun tiada pemain pihak lawan yang menyentuhnya dan ini telah mewujudkan situasi ”simulation”.

Pemain turut diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Hukuman ini tidak boleh dirayu.

4. Pemain Selangor FC 2 – Hein Htet Aung

Kesalahan: Melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM (edisi 2015) iaitu kelakuan yang tidak bersemangat sukan pada perlawanan Liga Premier 2021, PDRM FC lwn Selangor FC 2 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 6 Mac 2021.

Hukuman: Digantung satu perlawanan iaitu Perak FC II melawan Selangor FC 2  (2 April 2021) akibat daripada tindakannya yang didapati berkelakuan tidak bersemangat sukan apabila mempamerkan simbol yang berbaur politik semasa perlawanan menentang PDRM FC itu.

Pemain turut diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Hukuman ini tidak boleh dirayu.

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group