Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Seperti yang anda semua sedia maklum sebuah laman web StadiumDB.com ada menyenaraikan Stadium Sultan Ibrahim sebagai salah sebuah stadium yang tercalon dalam anugerah ‘Stadium Of The Year’.

Stadium Sultan Ibrahim adalah stadium pertama di Malaysia yang dicalonkan dan merupakan antara 20 stadium di seluruh dunia yang tersenarai untuk edisi kali ini.

Undian popular yang telah dibuat oleh orang awam dari seluruh dunia ini telah dibuka pada 8 Feb dan tamat pada 7 Mac lalu dengan jumlah 21,821undian yang ‘valid‘.

Stadium Sultan Ibrahim muncul pemenang tempat pertama undian awam dengan jumlah kutipan 64,240 mata jauh meninggalkan pencabar terdekat Allegiant Stadium, Las Vegas dan Ahmad Bin Ali Stadium, Doha masing-masing dengan 23,390 mata dan 22,341 mata.

Selain itu, pihak StadiumDB juga turut mempunyai satu lagi anugerah ‘Stadium Of The Year’ dimana ianya hasil dari undian 4 juri yang merupakan pakar arkitek antarabangsa iaitu;

Karsten Fiebiger, FIEBIGER GmbH Architekten+Ingenieure, Kaiserslautern

karstenfiebiger1-800×200

Bill Massey, SASAKI, Boston

billmassey1-800×200

Massimo Roj, PROGETTO CMR, Milan

massimoroj1-800×200

Nikos Siapkaras, A&S ARCHITECTS, Athens

nikossiapkaras1-800×200

Hasil penilaian oleh 4 orang juri diatas SoFi Stadium, Inglewood, Los Angles muncul sebagai pemenang tempat pertama dengan 73.5% dari 3 kriteria utama pemilihan iaitu

AP20257832070126

  • Architectural value: 29.0%
  • Functionality: 30.0%
  • Innovation: 14.5%

Stadium Sultan Ibrahim pula berada dikedudukan ke-5 dari 10 calon finalis, menerima 64.5% markah seperti dibawah;

  • Architectural value: 24.0%
  • Functionality: 28.0%
  • Innovation: 12.5%

Tahniah untuk Stadium Sultan Ibrahim dan juga pasukan Johor Darul Ta’zim atas kejayaan ini!

Teruskan membaca artikel lain yang telah kami sediakan melalui pautan dibawah.

Apa Yang Penyokong Valencia CF Boleh ‘Expect’ Jika TMJ Muncul Sebagai Pemilik Kelab Yang Baharu?

Dalam Tempoh Kurang 2 Jam Dilancarkan, Jersi Away 2021 Selangor FC ‘SOLD OUT’ Begitu Sahaja

Ini Punca Mengapa Penyokong Bola Sepak Di Vietnam Tidak Mahu Membeli Jersi Kelab V.League

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group