StadiumDB dalam satu artikel mengenai anugerah ‘Stadium of the Year 2020’ mendedahkan bahawa Stadium Sultan Ibrahim tersenarai sebagai salah sebuah venue daripada 20 buah stadium seluruh dunia untuk anugerah tersebut.

Anugerah yang sudah diadakah sejak 11 edisi yang lalu menyenaraikan banyak stadium lain yang tidak kurang hebatnya dari sudut rekaan serta kelengkapan lain yang moden dan terkini.

Stadium Sultan Ibrahim adalah stadium pertama di Malaysia yang dicalonkan dan merupakan antara 20 stadium di seluruh dunia yang tersenarai untuk edisi semasa.

Anugerah ‘Stadium of the Year 2020’ itu menggunakan kaedah undian para peminat serta juri yang akan dilantik.

Apa kriteria pemilihan sebenarnya oleh StadiumDB?

Menurut artikel tersebut, sesebuah stadium itu perlu mempunyai kapasiti sekurang-kurangnya 10,000 tempat duduk, stadium yang dibina dari ‘scratch’ atau telah melalui proses ‘redevelopment’.

Selain itu, walaupun anugerah ini memberikan fokus kepada stadium bola sepak, tetapi ia turut mengambil kira stadium yang turut menganjurkan sukan lain selagi mana perlawanan bola sepak boleh diadakan di venue itu.

Sila klik link undian ‘Stadium of the Year 2020’ untuk membuat undian stadium pilihan anda seperti yang ada dalam senarai yang disediakan.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

PFAM: Keputusan FIFA Mengenai Kes Mohamadou Sumareh Bukti Kemenangan Perjuangan Pemain

Bekas Jurulatih Berkongsi Kisah Bagus Kahfi Dan Hamsa Lestaluhu Ketika Beraksi Untuk Frenz United

Lelaki Poland Ini ‘Exchange’ Jersi AS Roma Dengan Rakannya Untuk Miliki Jersi Selangor Musim 2013