Pemain tengah PJ City FC, Shivan Pillay Asokan, berkata mereka perlu mengelak daripada memberikan sepakan percuma di kawasan berbahaya bagi mengurangkan risiko dihukum Sabah menjelang aksi kedua-dua pasukan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, pada Selasa.

Sehubungan dengan itu, beliau melihat kekuatan Sabah FC dalam situasi bola mati perlu diberikan penekanan utama jika PJ City FC mahu menamatkan penantian kemarau kemenangan selepas lapan perlawanan dalam saingan Liga Super Malaysia 2022.

Tambahnya, pemain-pemain Sabah seperti Baddrol Bakhtiar dan Park Tae Su antara watak yang berikan perbezaan kepada pasukan.

“Berdepan Sabah, kita kena segera cari semula sentuhan kemenangan apabila terlepas peluang semasa berdepan dengan Melaka.”

Shivan Pillay. Kredit Foto: PJ City FC

“Namun, Sabah sememangnya diketahui berada di tahap terbaik dan mereka antara pasukan yang sangat berbahaya pada situasi bola mati.”

“Di PJ City, kami telah lakukan kerja rumah dalam meneliti kekuatan yang dimiliki Sabah semasa situasi bola mati dan harap boleh membantu pada perlawanan sebenar.”

“Baddrol dan Park, dua pemain yang sentiasa berbahaya apabila mereka mendapat sepakan percuma atau sepakan penjuru, jadi kami kena sentiasa fokus,” tambah Shivan lagi.

Kali terakhir PJ City meraih kemenangan di Liga Super ialah pada 6 April lalu iaitu semasa menewaskan Terengganu 3-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Selepas itu, PJ City sekadar meraih lima keputusan seri dan tiga kekalahan dalam lapan perlawanan terakhir Liga Super.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak seluruh dunia melalui pautan dibawah.

Daniel Ting Ucap Terima Kasih Kepada Kuala Lumpur City

Bengang Dibelasah Arsenal, Tuchel Mahu 3 Pemain Baharu Segera!

Pagar Penghadang Stadium Antarabangsa Jakarta Roboh Ketika Aksi Persija Jakarta Menentang Chonburi