Saingan Liga Thailand musim 2022/2023 bakal diwarnai oleh pemain dari Malaysia dimana beberapa pemain sudah diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain baharu dalam saingan liga negara itu.

Perkara ini dilihat sebagai satu petanda positif bagi pasukan kebangsaan dan Vocket FC menyenaraikan enam pemain yang bakal beraksi di saingan Liga Thailand.

1. Dion Cools (Buriram United)

Liga Thailand
Sumber Gambar: Buriram United

Dion memutuskan untuk meninggalkan kelab Republik Czech, FK Jablonec dan menyertai Buriram United. Baru-baru ini, Dion beraksi ketika Buriram menewaskan TRW Kelantan dalam satu aksi persahabatan.

2. Safawi Rasid (Ratchaburi)

Liga Thailand
Sumber Gambar: Ratchaburi

Setelah memenangi semua gelaran dalam saingan Liga Malaysia bersama Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi kini mengembara di Thailand dimana beliau bakal beraksi bersama Ratchaburi. Safawi turut ditemani oleh rakan sepasukannya di JDT iaitu Moussa SidibĂ©.

3. Junior Eldstal (PT Prachuap)

Liga Thailand
Junior Eldstal

Junior kembali beraksi di Liga Thailan dimana kali ini beliau menyarung jersi PT Prachuap. Sebelumnya, pemain kacukan itu pernah beraksi bersama Chonburi selama satu setengah musim dan menjadi pemain pilihan untuk tampil dalam kesebelasan utama.

4. Liridon Krasniqi (Khon Kaen United)

Liga Thailand
Liridon Krasniqi

Liridon yang juga pemain naturalisasi negara beraksi bersama Khon Kaen United secara pinjaman dari JDT musim ini dimana sebelum itu beliau beraksi di Liga India bersama Odisha FC.

5. Stuart Wark (Kasesart)

Liga Thailand
Sumber Gambar: Kasesart

Stuart Wark memutuskan untuk menyertai kelab yang beraksi di saingan liga divisyen dua iaitu Kasesart setelah beraksi bersama Sarawak United musim lalu.

6. Zafuan Azeman (Uthai Thani)

Liga Thailand
Sumber Gambar: Uthai Thani

Lama menghilang dari arena bola sepak profesional, Zafuan meneruskan pengembaraannya di Thailand dimana kali ini beliau menyarung jersi Uthai Thani yang turut beraksi di divisyen dua. Sebelum ini, bekas pemain skuad B-19 tahun negara itu beraksi bersama Angthong United di divisyen tiga.