Penjaga gol legenda dari Denmark, Peter Schmeichel memuji kualiti hebat dimiliki Erling Haaland dan menyifatkan penyerang berbisa itu merupakan kombinasi antara Cristiano Ronaldo dan Zlatan Ibrahimovic.

Haaland yang menyertai Manchester City pada jendela perpindahan musim panas lalu tidak perlu menunggu lama untuk membuktikan beliau adalah antara penyerang terbaik dunia pada ketika ini.

Selepas hanya lapan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2022/23, pemain berusia 22 tahun itu sudah menjaringkan 14 gol.

Lebih menarik untuk diperkatakan seperti yang sudah diketahui umum, Haaland turut cemerlang dengan meledakkan hatrik pada pertemuan dengan Crystal Palace, Nottingham Forest dan Manchester United.

Haaland
Soccer Football – Champions League – Group G – Borussia Dortmund v Manchester City – Signal Iduna Park, Dortmund, Germany – October 25, 2022 Manchester City’s Erling Braut Haaland reacts after the match REUTERS/Wolfgang Rattay

Satu statistik jelas untuk menutup mulut pengkritik yang pada mulanya mempertikaikan kemampuan Haaland sebaik sahaja tiba ke Manchester City dari kerana beranggapan EPL jauh berbeza daripada Bundelisliga.

“Perkara terbesar untuk menjadi seorang penyerang yang baik ialah kesabaran. Saya bermain menentang beberapa penyerang terbaik dan apabila mereka hilang itu berkamna anda perlu untuk menumpukan perhatian.”

“Pemain seperti Cristiano Ronaldo, Fillipo Inzaghi, mereka hilang dan kemudiannya tiba-tiba mendapat peluang,” ujar Schmeichel menurut laporan Goal.

“Apabila anda melihat Haaland, dia merupakan pemain yang cukup berbeza. Gol yang dijaringkannya seperti dilakukan oleh Zlatan dan terdapat juga Ronaldo.”

“Anda melihat seorang penyerang terbaik dunia [kombinasi Zlatan dan Ronaldo] dalam seorang pemain [merujuk kepada Haaland]. Itulah sebabnya dia begitu berbahaya.”

 

Sumber