Peledak berbisa, Erling Haaland secara rasminya baharu sahaja diumumkan sebagai pemain baharu Manchester City selepas memeterai kontrak selama lima tahun dengan yuran perpindahan bernilai £51.2 juta.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, persetujuan telah dicapai untuk mendapatkan Haaland pada Mei lalu selepas kelab juara Liga Perdana Inggeris (EPL) 2021/22 tersebut mengaktifkan klausa pelepasan pemain itu.

Manchester boleh dikatakan dekat dengan dengan jiwa Haaland kerana bapanya, Alf-Inge Haaland merupakan bekas pemain Manchester City bermula musim 2000/01 hingga 2002/03.

Mengulas mengenai perpindahannya ke Manchester City, Haaland tidak dapat menyembunyikan rasa gembiranya untuk menyarung jersi The Cityzens.

“Ini merupakan hari yang sangat membanggakan buat saya dan juga keluarga saya,” ujar Haaland menurut kenyataannya di laman sesawang Manchester City.

Kredit Foto: Manchester City

“Saya sentiasa menonton perlawanan melibatkan City dan suka melakukannya pada beberapa musim kebelakangan ini. Anda tidak boleh membantu [pasukan] tetapi pasti akan mengagumi corak permainan mereka.”

“Ia sangat menghiburkan dan mereka banyak mencipta peluang, dimana ia sangat sempurna buat pemain seperti saya.”

“Terdapat begitu ramai pemain berkelas dunia dalam skuad ini dan Pep merupakan salah seorang pengurus terhebat sepanjang zaman, jadi saya percaya saya berada di tempat yang betul untuk memenuhi cita-cita saya.”

“Saya mahu menjaringkan banyak gol, memenangi trofi dan meningkat sebagai seorang pemain bola sepak dan saya yakin saya mampu melakukannya di sini. Ini merupakan langkah yang hebat buat saya dan tidak sabar untuk memulakan latihan pra-musim,” tambah Haaland lagi.

Sepanjang bersama Borussia Dortmund sejak pertengahan musim 2019/20, Erling Haaland telah menjaringkan 86 gol pada 89 penampilannya di semua pertandingan yang disertai.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak seluruh dunia melalui pautan dibawah.

Syafiq Ahmad Mahu Buktikan Kemampuan Jika Diberikan Peluang Beraksi

RASMI: Haaland Sertai Man City Dengan Nilai £55.Juta, Guardiola Akui Teruja

Akram Mahinan: Harap Semua Negeri Ada Padang Seperti Stadium Sultan Ibrahim