Bekas pemain skuad kebangsaan, Santokh Singh mengkritik program pemain naturalisasi negara yang setakat ini belum mendatangkan kesan positif terhadap pasukan Harimau Malaya.

Menurut Santokh, Malaysia mempunyai ramai pemain tempatan yang menampilkan prestasi cemerlang namun tidak mendapat tempat bersama pasukan negara.

Santokh Singh
Sumber Gambar: SB

“Kita ada ramai pemain tempatan yang mampu untuk menampilkan prestasi terbaik berbanding pemain luar. Mereka tidak mendapat tempat untuk bermain.

“Menaturalisasi pemain adalah satu perkara bodoh,” kata Santokh Singh.

Malaysia mula menggunakan khidmat pemain naturalisasi pada tahun 2018 dan ketika itu skuad Harimau Malaya bimbingan Tan Cheng Hoe berjaya mara ke pentas akhir Piala AFF Suzuki namun tewas kepada Vietnam.

Pada tahun 2021, dua lagi pemain iaitu Liridon Krasniqi dan Guilherme De Paula mengikut jejak langkah Sumareh dan menjadi pemain naturalisasi negara ketika aksi kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Sehingga kini, jika melihat dari segala sudut, masih belum ada impak positif yang dibawa oleh ketiga-tiga pemain terhadap pasukan kebangsaan.

Timbul persoalan sama ada pasukan kebangsaan mengambil keputusan yang tepat untuk menjadikan ketiga-tiga pemain ini sebagai pemain naturalisasi selepas Malaysia menamatkan jelajah perlawanan persahabatan antarabangsa di Singapura baru-baru ini.

Sekiranya ketiga-tiga pemain mahu membuktikan bahawa pemilihan mereka sebagai pemain naturalisasi bukannya satu kesilapan, apa yang perlu dilakukan ialah masing-masing pemain menampilkan prestasi terbaik bersama kelab agar dapat menarik minat ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon untuk memanggil mereka.

Santokh Singh
Sumber Gambar: FAM

Ketika menghadapi tiga perlawanan persahabatan di Singapura, Pan-gon membawa Liridon dan Sumareh dimana kedua-dua pemain mendapat kritikan hebat dari peminat ketika aksi pertama menentang Filipina.

Liridon kemudiannya menjaringkan gol ketika perlawanan kedua yang menyaksikan Malaysia tewas kepada Singapura dengan keputusan 2-1 dan pemain tengah Odisha FC itu sekali lagi menjaringkan gol ketika aksi menentang Albirex Nigata Singapore. Sumareh turut berjaya menyumbang jaringan pada perlawanan tersebut.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

Yusri Che Lah: Ada Pemain Jual Motosikal Untuk Kelangsungan Hidup

Pau Marti Mahu Penyokong Penuhi SNBJ Dan Cipta Sejarah Pada Jun Nanti

Tiada Lagi Penundaan Perlawanan Jika Pemain Dan Jurulatih Disahkan Positif COVID-19