Penolong jurulatih skuad kebangsaan, Pau Marti Vicente menganggap ada cabaran tersendiri sejak beliau menyertai staf kejurulatihan pasukan negara.

Menurut perkongsian jurulatih itu di laman media sosial, Marti menganggap meskipun berdepan dengan tekanan namun ianya menjadi satu pengalaman yang cukup berharga bagi dirinya.

“Satu tempoh yang sangat sengit sejak kehadiran kami, namun ianya merupakan satu pengalaman yang cukup luar biasa. Komitmen dari pemain dan staf adalah cukup baik dan kami boleh merasai sokongan daripada peminat.

“Sasaran kami pada Jun nanti, kita perlu memenuhi stadium hebat ini (Stadium Nasional Bukit Jalil) dan mencipta sejarah untuk Malaysia,” kata Pau Marti.

Pasukan negara baru sahaja menamatkan siri perlawanan persahabatan antarabangsa di Singapura dimana Malaysia mencatat dua kemenangan dan mengalami satu kekalahan.

Skuad kendalian Kim Pan-gon bermula dengan baik dimana menewaskan Filipina dengan keputusan 2-0 menerusi dua jaringan Akhyar Rashid.

Pada perlawanan seterusnya, Malaysia terpaksa aku tewas kepada Singapura dengan keputusan 2-1 dan menutup aksi persahabatan dengan menentang kelab setempat, Albirex Nigata Singapore yang menyaksikan pasukan negara menang dengan keputusan 3-0.

Peminat bola sepak tanah air berasa positif apabila melihat aksi yang ditampilkan oleh pasukan negara di bawah kendalian Pan-gon dan percaya Malaysia mempunyai peluang cerah untuk layak ke temasya Piala Asia 2023 di China nanti.

Pasukan negara akan menghadapi dua lagi perlawanan persahabatan sebelum memulakan aksi kelayakan yang dijadualkan berlangsung pada Jun ini.

Masih belum diketahui pasukan mana yang akan menjadi lawan Harimau Malaya pada dua aksi persahabatan ini namun terdapat khabar angin mengatakan satu pasukan dari Asia Selatan dan Asia Barat akan menguji skuad kendalian Kim Pan-gon.

Pada aksi peringkat kelayakan, Malaysia diundi dalam kumpulan E bersama Bahrain, Turkmenistan dan Bangladesh.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan kebangsaan di sini:

Futsal AFF 2022: Malaysia ‘Berpeluh’ Sebelum Raih Kemenangan Ke Atas Kemboja

Malaysia Hadapi Dua Aksi Persahabatan Antarabangsa Mei Ini

Nizaruddin Yusof Berpendapat Tiga Pemain Ini Perlu Ada Dalam Skuad Kebangsaan