Pasukan Sabah telah melancarkan jersi baharu mereka bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim 2022.

Dipetik dari kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kelab, kelab dari Borneo itu mengeluarkan dua jersi setakat ini iaitu Home dan Away dan kedua-dua jersi menggunakan slogan My Skin dan Sabah 12.

“Dikenali sebagai My Skin, reka bentuk jersi
ini mengekalkan warna merah pada sebahagian besarnya dan padanan warna putih pada bahagian lengan.

“Dari segi simboliknya, gabungan warna ini
melambangkan keberanian dan keyakinan. Lebih unik, My Skin tampil dengan paparan
corak sulaman tradisional Linangkit.

“Corak Linangkit merupakan nama panggilan
kepada motif geometri yang telah dihasilkan
berasaskan kepada teknik sulaman tradisional masyarakat Dusun Lotud. Pasaran Linangkit yang telahpun berkembang ke luar negara sudah pasti memberikan nilai komersil pada jersi ini.

“Selain itu, logo di bahagian tengah ala-ala Tony Stark ” The Iron Man” turut memberikan kelainan dan nilai tambah kepada jersi ini.

“Angka 12 (dua belas) sangat sinonim dengan Sabah. Secara simboliknya, angka 12 ini adalah identiti yang terpapar pada setiap kad pengenalan warga Sabah.

“Mereka sentiasa bersama pasukan di saat jatuh dan bangun, dari era kegelapan hinggalah ke zaman kegemilangan. Memberikan masa untuk pasukan bukan hanya 90 minit malahan lebih dari itu. Tanpa mengira samada mereka hadir ke stadium mahupun hanya menontonsiaran langsung.

“Mereka adalah pemain ke-12 pasukan Sabah FC. Pilihan warna biru adalah menggambarkan puncak Gunung Kinabalu. Rekaan jersi ini di ilhamkan dari jalur kontur negeri Sabah dan inspirasi dari Gunung Kinabalu yang merupakan lambang kemegahan negeri. Keunikan yang terdapat dalam batu-batuan Gunung Kinabalu adalah tarikan saintifik dan estetik warisan geogologi dunia.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

JDT Lancar Jersi Musim 2022, Turut Tampil Dengan Versi Wanita & Kanak-Kanak

Penyerang Lubnan, Hilal El-Helwe Sah Sarung Jersi Penang

JDT Bakal Umum Penaja Baharu Bernilai Jutaan Ringgit