Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Harapan penyokong untuk makan dan minum di dalam stadium tidak menjadi kenyataan apabila permohonan pengelola liga, Malaysian Football League (MFL) ditolak oleh kerajaan.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Bernama, Nazrin Arif dimana MFL menerusi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Stuart Ramalingam menegaskan mereka cuba untuk menghantar permohonan berkaitan perkara terbabit setelah menerima aduan dari peminat yang hadir ke stadium.

Makan dan minum di dalam stadium tidak dibenarkan sejak saingan liga berlangsung pada musim pandemik COVID-19 kerana peraturan itu merupakan sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan terhadap saingan Liga Malaysia.

Penyokong jelas tidak berpuas hati dengan larangan ini dimana mereka menganggap peraturan ini hanya membebankan mereka dan sedikit sebanyak merosakkan pengalaman ketika menonton perlawanan di stadium.

Selain menghantar permohonan untuk membenarkan makan dan minum di dalam stadium, Stuart turut menyatakan MFL telah menghantar dua lagi permohonan iaitu hanya pemain yang disahkan positif COVID-19 dikuarantin dan pemain yang negatif dibenarkan untuk bermain serta menambah jumlah kehadiran penonton ke stadium.

Namun dua lagi permohonan turut ditolak kerana kerajaan menganggap permintaan yang dipohon itu belum sesuai untuk dilaksanakan buat masa ini sebagai langkah mengekang penularan COVID-19 yang menunjukkan peningkatan sejak kebelakangan ini.

Stuart berharap kerajaan akan memberikan kelonggaran pada masa akan datang dan permintaan yang diajukan oleh MFL boleh dipertimbang semula. Untuk sementara waktu, SOP sedia ada akan terus digunakan.

Pada masa yang sama, Luno sebagai sebuah bursa aset digital yang dikawal selia terkemuka di Malaysia, mengumumkan kerjasamanya dengan MFL sebagai Rakan Pelaburan Kripto dan penaja bersama rasmi Liga Super selain saingan Piala Malaysia.

“Nilai tajaan yang kami terima adalah sebesar RM1 juta untuk tempoh satu tahun dengan peluang lanjutan hingga penghujung musim 2023. Terima kasih Luno atas keyakinan mereka terhadap bola sepak Malaysia,” kata Stuart.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

Piala Menteri Wilayah Persekutuan: Negeri Sembilan Ganti Sri Pahang Hadapi KL City

E. Elavarasan Bakal Dilantik Sebagai Pembantu Jurulatih Harimau Malaya?

RASMI: JDT Dipilih Sebagai Tuan Rumah Kumpulan I AFC Champions League