Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pemain tengah kacukan Australia-Malaysia Kuala Lumpur City, Ryan Lambert bersedia untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan pada saingan Piala AFF Suzuki 2020.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana Ryan menyatakan kesediannya sekiranya dipanggil oleh sekiranya dipanggil oleh ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe.

Ryan menjadi antara pemain penting dalam kempen cemerlang Kuala Lumpur baik dalam saingan Liga Super mahupun Piala Malaysia musim ini dimana beliau sentiasa menjadi pilihan ketua jurulatih, Bojan Hodak bagi mengisi bahagian tengah.

Beliau menampilkan prestasi cemerlang selain mencipta gandingan mantap bersama dua lagi pemain iaitu ketua pasukan, Paulo Josue dan Akram Mahinan di bahagian tengah.

Melihat kepada prestasi semasa yang ditampilkan oleh Ryan Lambert, pemain ini wajar untuk dipanggil bagi beraksi bersama skuad kebangsaan dalam saingan Piala AFF Suzuki 2020 yang akan bermula pada 5 Disember ini.

Pemain tengah sedia ada dilihat gagal untuk menjalankan tugas dengan baik, khususnya pada dua aksi persahabatan menentang Jordan dan Uzbekistan yang menyaksikan pasukan negara tewas dalam kedua-dua perlawanan.

Kehadiran Ryan dilihat bakal memberi nafas baharu selain memberi cabaran sengit kepada pemain sedia ada bagi mengisi kesebelasan utama.

Pengurus skuad Harimau Malaya, Datuk Mohd Yusoff Mahadi yakin Malaysia mampu layak ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2020 walaupun hanya sempat berkumpul menjalani latihan selama 3 hari susulan jadual padat Piala Malaysia 2021.

Untuk mencapai sasaran ke final, Yusoff Mahadi turut mendedahkan beberapa pemain yang berpengkalan dari luar negara akan dipanggil untuk memperkuatkan pasukan. Antara pemain tersebut ialah pemain kacukan Malaysia-Belgium, Dion Johan Cools.

Dion Cools tidak mempunyai masalah untuk terbang ke Singapura beraksi bersama Harimau Malaya kerana Liga Denmark ketika itu direhatkan selama 2 bulan kerana cuti musim sejuk. Beliau dijangka menyertai pasukan selepas 13 Disember 2021.

Selain Dion Cools, seorang lagi pemain dari luar negara yang disebut-sebut bakal menyertai skuad Harimau Malaya ialah Wan Kuzain Wan Kamal yang beraksi dengan kelab Rio Grande Valley FC dalam Liga USL Championship.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Piala Malaysia 2021: Kedah, JDT Sama Buntu

“Hang Tak Pakai Seluaq Lagi Aku Main Bola Dah, Diet Apa Diet?” – Respon Selamba Sanusi Md Nor Kepada TMJ

Presiden Kedah Darul Aman Balas Kritikan TMJ

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group