Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pengurus skuad Harimau Malaya, Datuk Mohd Yusoff Mahadi yakin Malaysia mampu layak ke perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2020 walaupun hanya sempat berkumpul menjalani latihan selama 3 hari susulan jadual padat Piala Malaysia 2021.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu berjaya melangkah perlawanan akhir pada tahun 2018 sebelum muncul sebagai naib juara selepas tewas kepada Vietnam dengan aggregat 3-2. Malaysia hanya sekali pernah muncul sebagai juara pada tahun 2010 ketika dibawah kendalian Datuk Rajagobal.

“Agak lama kita tidak menang Piala AFF, lebih 10 tahun tetapi setakat ini belum boleh lagi cakap nak jadi juara kerana sasaran kita ke final dahulu,” kata Yusoff Mahadi dipetik dalam Bernama.  

Untuk mencapai sasaran ke final, Yusoff Mahadi turut mendedahkan beberapa pemain yang berpengkalan dari luar negara akan dipanggil untuk memperkuatkan pasukan. Antara pemain tersebut ialah pemain kacukan Malaysia-Belgium, Dion Cools.

“Pegawai kita ada berhubung dengan Cools dan beliau memang berminat untuk bersama Harimau Malaya di Piala AFF 2020,” jelasnya.

Dion Cools tidak mempunyai masalah untuk terbang ke Singapura beraksi bersama Harimau Malaya kerana Liga Denmark ketika itu direhatkan selama 2 bulan kerana cuti musim sejuk. Beliau dijangka menyertai pasukan selepas 13 Disember 2021.

“Kita terlepas khidmat Cools dalam beberapa perlawanan awal di Singapura, tetapi kita harus berterima kasih kepada kelab beliau kerana biasanya kelab keberatan melepaskan pemain mereka ketika cuti musim sejuk.

“Cools akan bersama kami pada perlawanan keempat dan saya dapat tahu beliau gembira dan tidak sabar untuk membantu negara,” kata Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe.

Selain Dion Cools, seorang lagi pemain dari luar negara yang disebut-sebut bakal menyertai skuad Harimau Malaya ialah Wan Kuzain Wan Kamal yang beraksi dengan kelab Rio Grande Valley FC dalam Liga USL Championship.

Baca juga artikel lain mengenai perkembangan Harimau Malaya melalui pautan dibawah.

“Tunggu Hujung Tahun Ini,” – Bapa Wan Kuzain Beri Bayangan Kemunculan Anaknya Dalam Piala Suzuki AFF 2020

Harimau Malaya Hanya Ada Tiga Hari Buat Persiapan Hadapi Piala Suzuki AFF 2020

Piala Suzuki AFF 2020: Harimau Malaya Akan Beraksi Di Stadium Bishan

Tawaran TMJ Uruskan Skuad Harimau Malaya Ditolak

Merchandise Rasmi Harimau Malaya Kini Boleh Didapati Di Al-Ikhsan Sports

FAM Tangguh Pengambilan Pemain Naturalisasi Untuk Harimau Malaya

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group