Pemain pertahanan kelab divisyen tiga liga bola sepak England, Charlton Athletic iaitu Richard Chin mencipta sejarah apabila menjadi pemain berdarah Malaysia pertama yang tampil dalam saingan Piala EFL.

Richard diturunkan pada aksi pusingan kedua Piala EFL menentang Walsall dimana beliau mengisi posisi pertahanan kanan pada aksi tersebut yang menyaksikan Charlton menang dengan keputusan 1-0 menerusi jaringan tunggal Diallang Jaiyesimi.

Pada aksi bertemu Walsall semalam, Richard diturunkan dalam kesebelasan utama oleh pengurus pasukan, Ben Garner dan beliau diberikan peluang untuk beraksi selama 81 minit sebelum terpaksa dikeluarkan pada separuh masa kedua ekoran mengalami kecederaan.

Bagi yang belu mengenai pemain berusia 19 tahun ini, beliau mempunyai hubungan dengan negara ini dimana datuknya berasal dari Malaysia sekaligus boleh beraksi bersama skuad Harimau Malaya di pentas antarabangsa.

Sekiranya Richard Chin memilih untuk beraksi bersama Malaysia, maka beliau boleh diserapkan terlebih dahulu dalam skuad B-19 dan kemudiannya B-23 bagi memberikan gambaran sekaligus membuktikan kemampuan beliau bersama pasukan kebangsaan.

Selain Richard, Malaysia mempunyai seorang lagi pemain yang beraksi di England iaitu Jaami Qureshi yang musim lalu beraksi bersama pasukan akademi Brighton & Hove Albion.

Jaami Qureshi Kunjungi Wisma FAM, Bakal Beraksi Bersama Malaysia?

Akan tetapi, peluang untuk melihat Jaami beraksi bersama skuad Harimau Malaya dilihat tipis setelah bapanya, Perviz Qureshi mengkritik tindakan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yang enggan berjumpa dengannya ketika lawatannya ke Wisma FAM pada 16 Jun lalu.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Perviz menuduh Datuk Hamidin tidak menghormatinya dan enggan untuk bertemu dengan anaknya selain tidak memperkenalkan Jaami kepada ketua jurulatih skuad kebangsaan iaitu Kim Pan-gon.

Perkara ini nyata membangkitkan kemarahan peminat dimana mereka menilai Jaami sebagai seorang pemain terlalu ‘diva’ dan mahu dilayan seperti seorang bintang walhal beliau hanya seorang pemain muda yang beraksi di akademi kelab Liga Perdana Inggeris (EPL).

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Eropah di sini:

Benjamin Mendy Memberitahu Dia Sudah Meniduri 10,000 Wanita

RASMI: Casemiro Sertai Manchester United