Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sejak kehadiran pengurus kelahiran Jerman, Thomas Tuchel yang menggantikan Frank Lampard pada penghujung Januari lalu, prestasi Chelsea kelihatan semakin konsisten.

Daripada sebuah pasukan yang mempamerkan corak permainan serta mencatatkan keputusan tidak menentu, kini The Blues telah menikmati transisi dengan mencatatkan peratusan kemenangan lebih tinggi sejak 11 perlawanan terakhir.

11 perlawanan dibawah kendalian Tuchel dalam semua pertandingan menyaksikan kelab berpengkalan dari London itu telah mencatatkan lapan kemenangan dan tiga keputusan seri.

Meskipun hanya 13 jaringan yang berjaya dihasilkan tetapi jentera pertahanan Chelsea tampak begitu kebal pada ketika ini apabila mereka hanya dibolosi dua gol dimana salah satunya merupakan gol sendiri Antonio Rudiger ketika bertemu Sheffield United.

Mungkin terlalu awal untuk memberikan pujian menggunung buat Tuchel tetapi apa yang telah dibuktikannya kelihatan berada di landasan tepat bagi kembali meletakkan Chelsea dalam kelompok empat pasukan teratas serta masih mengintai peluang menjuarai Liga Juara-Juara Eropah dan Piala FA.

Formasi apa sebenarnya yang digunakan Thomas Tuchel sehingga Chelsea berubah dengan mendadak?

Secara umumnya, Tuchel banyak memulakan perlawanan dengan formasi 3-4-2-1. Tetapi apabila keadaan memerlukan serangan, beliau akan mengubah bentuk serangan dari dua pemain tengah menyerang kepada dua penggempur utama.

Tuchel juga banyak mengarahkan dua pemain tengah serangannya untu bertukar posisi (Werner dan Mount) supaya pihak lawan tidak dapat membuat ‘marking’ yang tetap terhadap pemain-pemain tersebut sepanjang perlawanan.

Build Up Play

Chelsea

Chelsea dibawah kendalian Tuchel akan memulakan permainan dari bawah. Dimana penjaga gol, Edouard Mendy akan cuba membuat hantaran pendek kepada tiga pemain pertahanan tengah di hadapannya (Rudiger-Zouma-Azpilicueta).

Chelsea

Apabila bola sudah berada bersama pemain pertahanan, dua pemain sayap akan cuba mencari ruang lebih ke hadapan untuk bersedia menerima bola daripada mana-mana tiga pemain pertahanan yang sedang memiliki bola.

Dalam masa yang sama, pemain pertahanan perlu bertindak tenang bersama bola untuk menarik barisan hadapan pihak lawan untuk membuka ruang kepada rakan sepasukan di bahagian serangan.

Chelsea

Sekiranya pemain yang memiliki bola diberikan tekanan, pemain bernombor 15 masih ada ruang untuk menghantar bola ke pada 2 lagi rakan di bahagian pertahanan. Keadaan ini akan memberi ruang kepada 2 pilihan yang ada itu membuat sedikit larian ke hadapan untuk keluar dari tekanan pemain lapisan hadapan pihak lawan.

Chelsea

Sekiranya Chelsea diberikan tekanan di bahagian tengah. Tuchel akan mengarahkan dua pemain bek sayap (Reece James- Marcos Alonso) dan juga dua pemain tengah menyerang (Mount-Werner) membuka ruang ke bahagian sayap untuk memberikan pilihan kepada tiga pemain pertahanan untuk menghantar bola.

Chelsea

Dalam sistem formasi Tuchel, beliau gemar menggunakan dua orang pivot (Antara Kovacic, Jorginho dan N’Golo Kante) di tengah padang. Kedua-dua pemain pivot ini akan menjadi pusat hantaran selepas pemain pertahanan menerima bola dari penjaga gol.

Dua pemain pivot ini juga dibenarkan untuk berada lebih lama bersama bola untuk merencanakan pergerakan di bahagian serangan.

Chelsea

Sekiranya dua pemain pivot ini dikawal ketat oleh pemain tengah pihak lawan, Tuchel memberi kebebasan kepada pemain tengah menyerang (Mount atau Ziyech) untuk turun ke tengah membantu mendapatkan bola dan seterusnya melakukan gelecekan ke dalam kawasan serangan.

Chelsea

Tuchel kurang gemar melakukan hantaran ‘diagonal’ dari bawah. Sebaliknya, pemain pertahanan hanya akan menghantar bola ke arah sayap yang hampir dengannya sahaja. Mungkin Tuchel tidak mahu mendedahkan pasukan kepada kesilapan-kesilapan yang boleh mengundang bahaya gol kepada pintu golnya.

Chelsea

Sekiranya pihak lawan lebih memilih untuk bertahan, Tuchel kebiasaanya akan membentuk pemain tengah dengan empat penjuru supaya pasukan mampu mengawal tempo yang lebih lama.

Dalam masa yang sama, dua pemain bek sisi dan penyerang akan cuba membuka ruang  untuk menerima bola.

Chelsea

Jika keadaan pasukan lawan masih lagi memilih untuk bertahan lebih lama, dua pivot Chelsea akan membantu untuk melancarkan bola. Manakala pemain tengah serangan akan bersama-sama penyerang membuka ruang di dalam kotak penalti.

Pada saat ini juga, beberapa pemain Chelsea yang mampu melakukan tendangan jarak jauh, akan diberikan ruang meledakkan bola dari luar kawasan penalti.

Corak pertahanan Chelsea

Chelsea

Jika pihak lawan menggunakan dua pertahanan tengah, salah seorang pemain tengah menyerang Chelsea akan masuk ke kawasan penyerang dan menjadi penyerang tambahan bagi membantu Timo Werner.

Chelsea

Jika pihak lawan cuba menggerakkan bola ke bahagian sisi, pemain bek sayap Chelsea yang hampir akan melakukan tekanan secepat mungkin (Dalam rajah di atas, Reece James melakukan tekanan).  Dalam masa yang sama, pemain pertahanan di belakang  James akan menutup ruang yang cuba digunakan oleh pemain sayap pihak lawan.

Chelsea

Bentuk pertahanan Chelsea akan menjadi seperti sistem empat pemain pertahanan untuk mengelakkan pemain sayap pihak lawan mengambil peluang dari ruang ditinggalkan oleh pemain yang membuat tekanan (Dalam rajah, James yang membuat tekanan.)

Kesimpulan

Kehadiran Thomas Tuchel telah banyak mengubah struktur formasi Chelsea ketika di bawah kendalian Lampard. Chelsea pada musim ini dilihat mampu berada di dalam kelompok empat pasukan teratas jika prestasi yang ditampilkan pada ketika ini dapat diteruskan sehingga ke akhir saingan.

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group