Chelsea mengumumkan secara rasmi Thomas Tuchel sebagai pengurus baharu mereka menggantikan Frank Lampard yang dipecat beberapa hari lalu.

Tuchel akan menjadi pengurus Jerman pertama yang menguruskan Chelsea. Tuchel tidak terikat dengan mana mana pasukan sebelum ini setelah dipecat PSG.

Sebelum itu, beliau turut menghabiskan tujuh musim sebagai pengurus di Bundesliga, pertamanya dengan Mainz, di mana dia memimpin mereka ke Liga Europa.

Dan kemudian beliau dilantik sebagai pengurus Borussia Dortmund di mana dia memenangi Piala DFB Pokkal.

Di Chelsea, Tuchek akan bersatu kembali dengan Christian Pulisic dan Thiago Silva yang pernah menjadi pemain di bawah kendaliannya sebelum ini.

Chelsea mengesahkan bahawa Tuchel telah menandatangani kontrak 18 bulan dengan klausa untuk dilanjutkan lebih lama.

Tuchel berkata: “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Chelsea FC atas kepercayaan mereka terhadap saya dan kakitangan saya.”

“Kita semua sangat menghormati apa yang telah dilakukan Frank Lampard dan legasi yang diciptakannya di Chelsea. Pada masa yang sama, saya tidak sabar untuk bertemu dengan pasukan baru saya dan bertanding dalam liga yang paling menarik dalam bola sepak.”

“Saya bersyukur sekarang menjadi sebahagian daripada keluarga Chelsea – rasanya luar biasa! ‘

Pengarah Urusan Cheslea, Marina Granovskaia menambah: “Tidak pernah mudah untuk menukar Ketua Jurulatih di pertengahan musim tetapi kami sangat gembira mendapatkan salah seorang jurulatih terbaik Eropah di Thomas Tuchel.”

“Masih banyak lagi perlawanan yang perlu dimainkan dan banyak yang perlu dicapai, musim ini dan seterusnya. Kami mengalu-alukan Thomas ke Kelab.”

Tuchel akan menjalani sesi latihan pertamanya petang ini dan akan berada di ruang ganti untuk perlawanan Liga Perdana esok menentang Wolves.

Baca juga perkembangan lain

Barcelona Masih Tak Bayar Hutang €126 Juta Dengan 19 Kelab Termasuk Liverpool Dan Ajax

RASMI: Lampard Dipecat Kerana Tak Ada Hala Tuju Jelas

Coppa Italia: Inter Singkir AC Milan, Zlatan Kad Merah, Eriksen Skor Minit 90+7