Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Remko Pasveer ke Piala Dunia bersama pasukan Belanda pada usianya 39 tahun. Dan impian itu sebenarnya hampir sahaja menjadi sekadar impian.

Artikel Berkaitan:

Siapa sangka, penjaga gol veteran itu awalnya ditandatangani Ajax sebagai penjaga gol ketiga kelab pada usianya 37 tahun. Krisis kecederaan penjaga gol membuatkan Pasveer menjadi penjaga gol utama Ajax.

Dia kemudian memahatkan namanya sebagai penjaga gol utama Ajax dengan persembahan yang cemerlang.

Penjaga gol yang ditandatangani secara percuma itu kemudian mendapat panggilan kebangsaan pertamanya pada usia 38 tahun.

Kisah indah perjalanan lewat karier Pasveer dilengkapkan lagi dengan cerita bahawa dia akan bersama dengan skuad Belanda yang akan terbang ke Qatar untuk kempen Piala Dunia 2022.

Dia turut mengepikan nama Jaspe Cillessen daripada senarai akhir. Cillessen yang kini beraksi untuk NEC Nijmegen dilaporkan benar benar kecewa kerana gagal terpilih.

Dia merupakan penjaga gol utama Belanda pilihan Van Gaal ketika Piala Dunia 2014.

Apa yang pasti, kisah penjaga gol Belanda, Remko Pasveer ini memberikan kita motivasi bahawa, jangan pernah berputus asa mengejar impian. Kerana, tidak akan pernah terlewat untuk mencapai impian.

Berikut adalah senarai penuh panggilan skuad Belanda:

GK: Andries Noppert, Heerenveen
GK: Remko Pasveer, Ajax
GK: Justin Bijlow, Feyenoord
DF: Virgil van Dijk, Liverpool
DF: Nathan Ake, Manchester City
DF: Daley Blind, Ajax
DF: Stefan de Vrij, Inter
DF: Denzel Dumfries, Inter
DF: Tyrell Malacia, Manchester United
DF: Jurrien Timber, Ajax
DF: Jeremie Frimpong, Bayer Leverkusen
DF: Matthijs de Ligt, Bayern Munich
MF: Steven Berghuis, Ajax
MF: Frenkie de Jong, Barcelona
MF: Davy Klaassen, Ajax
MF: Marten de Roon, Atalanta
MF: Teun Koopmeiners, Atalanta
MF: Kenneth Taylor, Ajax
MF: Xavi Simons, PSV
FW: Luuk de Jong, PSV
FW: Noa Lang, Club Brugge
FW: Steven Bergwijn, Tottenham
FW: Memphis Depay, Barcelona
FW: Wout Weghorst, Besiktas
FW: Cody Gakpo, PSV
FW: Vincent Janssen, Royal Antwerp