Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Ajax Amsterdam terpaksa membuang logo tiga burung kecil / 3 little birds yang diinspirasikan daripada Bob Marley.

3 little birds juga merupakan lagu sorakan penyokong Ajax di dalam stadium. Oleh sebab itu musim ini Ajax meletakkan logo 3 burung kecil itu di kolar belakang jersi mereka.

Menjadikan jersi mereka sangat unik bertemakan ala ala reggae dengan gabungan warna hitam dan hijau yang menyerlah.

Namun malangnya jersi dengan logo 3 ekor burung kecil itu tidak lulus piawaian UCL. Ini kerana UEFA melarang sebarang jenis logo, selain daripada logo pasukan dan juga logo penaja pada jersi.

Ajax mengesahkan bahawa mereka sudah berhubung dengan UEFA tentang perkara itu dan UEFA bertegas bahawa logo itu harus dibuang dari jersi UCL mereka. Dengan menganggap bahawa ianya adalah elemen luar yang ada pada jersi Ajax.

Ramai netizen agak kecewa dengan tindakan UEFA. Kerana ada banyak lagi perkara lebih penting yang harus mereka selesaikan termasuk isu rasisme, namun mereka lebih fokus kepada logo 3 burung kecil itu yang digunakan Ajax untuk memberikan penghormatan kepada ikon global.

Ini ditambah, Ajax memang sudah lama menggunakan lagu 3 little birds sebagai salah sebuah lagu di stadium mereka.

Pebyokong penyokong Ajax menyatakan kemarahan mereka kepada UEFA. Dan menganggap badan penyelia bola sepak Eropah itu sebagai mengarut dan tidak masuk akal.

Seoroang penyokong Ajax berkata: “Mungkin di mata UEFA 3 little birds ini adalah ‘unsur asing’, namun bagi kami ianya sebahagian daripada budaya kelab kami. UEFA kamu adalah satu jenaka.”

Baca juga artikel

Mbappe Dicemuh Penyokong Sendiri Kerana Mahu Ke Real Madrid

EPL: Liverpool Menang Namun Harvey Elliot Alami Kecederaan Serius

Highlight EPL: Lukaku Skor 2 Gol, Mendy Sekali Lagi Buat 6 ‘Saves’

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group